Aktivis gam tangan di jalan raya, dipenjara 8 bulan

Aktivis gam tangan di jalan raya, dipenjara 8 bulan

Aktivis gam tangan di jalan raya, dipenjara 8 bulan
Aktivis yang melekatkan tangan pada jalan raya dalam protes iklim di Berlin. – FOTO AFP

Berlin: Seorang aktivis iklim daripada kumpulan alam sekitar Last Generation dijatuhi hukuman penjara lapan bulan tanpa parol di Berlin pada Khamis, jurucakap mahkamah mengesahkannya kepada media tempatan.

Penghakiman bagaimanapun masih belum selesai, lapor Xinhua.

Walaupun pejabat pendakwa raya hanya meminta wanita itu didenda, mahkamah menjatuhkan hukuman tertinggi yang pernah berlaku untuk jenayah seumpama ini di Jerman. Dalam sabitan jenayah yang sama sebelum ini, pesalah hanya dikenakan hukuman penjara tiga hingga empat bulan, selain terdapat kes yang digugurkan.



“Perbezaan hukuman untuk kesalahan yang sama seperti ini tidak masuk akal,” kata Last Generation melalui X. Ahli kumpulan itu dikenali sebagai Klimakleber (pelekat iklim) di Jerman kerana kerap melekatkan diri mereka atas jalan raya dan infrastruktur.

Menurut media tempatan, Last Generation sudah mula mengubah cara bantahan mereka. Daripada melekatkan diri pada jalan raya, aktivis kini menghalang lalu lintas dengan berjalan di atas kenderaan, namun mereka diserang oleh pemandu di Berlin.

Aktivis gam tangan di jalan raya, dipenjara 8 bulan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading