LTdL 2023 – Perlumbaan Jeli-Baling tawar empat zon pendakian mencabar
LTdL 2023 – Perlumbaan Jeli-Baling tawar empat zon pendakian mencabar
KOTA BHARU – Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang kini memasuki Peringkat 3 semakin mencabar apabila saingan tersebut yang dilepaskan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada pagi ini akan membabitkan pertempuran laluan sejauh 183.1 kilometer (km).
Perlumbaan yang akan berakhir di Baling, Kedah terarah kepada perebutan gelaran ‘Raja Bukit’ memandangkan pertempuran bermula dari Jeli ke Baling tersebut akan menawarkan empat zon pendakian yang mencabar meliputi pendakian di Jeli (774m), Puncak Titiwangsa (1066m), Seri Banding (633m) dan Sungai Rui (455m).
Pastinya, pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) meletakkan tumpuan untuk mempertahankan Jersi Merah Polka Dot selaku Raja Bukit yang kini dipegang oleh Nur Amirull Fakhruddin Mazuki selepas menyapu bersih dua zon pendakian sewaktu perlumbaan Peringkat 2 semalam.
Bagaimanapun, TSG dikatakan akan memastikan Nur Amirull dan Raja Bukit LTdL 2020,2022 Muhammad Nur Aiman Mohd. Zariff tampil cemerlang pada perlumbaan yang akan dilepaskan tepat jam10 pagi ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapakah Ahli Politik Terkaya Di Malaysia?
- Polis Sahkan Ebit Liew Di Siasat Atas Dakwaan Rogol
- Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid
Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?
Manakala Jersi Putih selaku pelumba Terbaik Asia masih dipakai oleh pelumba pasukan Roojai Online Insurance, Tegshbayar Batsaikhan.
Pelumba TSG, Nur Amirull mengakui dia akan berada dalam kelompok breakaway untuk membantu Aiman Zariff menjulang gelaran Raja Bukit kali ketiga berturut-turut.
Ketika ini Nur Amirull mengumpul empat mata selepas menyapu bersih mata maksimum di zon pendakian di Setiu dan Pelong semalam sekali gus mendahului carta kedudukan keseluruhan Jersi Raja Bukit.
Rakan sepasukan Nur Amirull, Aiman Zariff turun ke tangga kedua dengan tiga mata manakala Batsaikhan yang masih menyarung Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia di tempat ketiga dengan dua mata. -KOSMO! ONLINE
LTdL 2023 – Perlumbaan Jeli-Baling tawar empat zon pendakian mencabar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?
- Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak
- ‘Tidur’ selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu
- Kembalikan GST – Najib Razak telah bertindak betul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :