Rangka dinosaur ‘Barry’ untuk dilelong
Rangka dinosaur ‘Barry’ untuk dilelong
Paris: Rangka hampir lengkap dinosaur berusia 150 juta tahun bakal dijual dalam acara lelongan di Hotel Drouot, Paris, pada 20 Oktober ini.
Dinosaur Camptosaurus yang ditemukan pada tahun 1990-an di Wyoming Amerika Syarikat, dinamakan sebagai ‘Barry’ sempena Barry James iaitu ahli paleontologi yang menemukannya.
Pakar mengatakan rangka itu masih terpelihara dengan baik dan nilainya dijangka berharga sehingga AS$1.2 juta (RM5.63 juta).
‘Barry’ dikatakan hidup bermula pada penghujung Zaman Jura (Jurassic) dan setinggi 2.1 meter (m) tinggi dan panjangnya, lima m.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapakah Ahli Politik Terkaya Di Malaysia?
- Polis Sahkan Ebit Liew Di Siasat Atas Dakwaan Rogol
- Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid
Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?
“Tengkoraknya masih ada 90 peratus dan (rangka) bahagian lainnya pada 80 peratus,” katanya.
Penjualan fosil dinosaur jarang diadakan dengan hanya sebilangan kecil berlaku setiap tahun di seluruh dunia.
Pada April lalu, rangka Tyrannosaurus rex atau t-rex dijual dalam satu acara lelongan buat kali pertama di Eropah.
Pakar dinosaur di Universiti Edinburgh, Prof Steve Brusatte dalam satu wawancara kepada BBC berkata, beliau bimbang rangka yang sangat bernilai dari segi saintifik boleh hilang untuk kepentingan peribadi pengumpul persendirian.
Rangka dinosaur ‘Barry’ untuk dilelong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?
- Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak
- ‘Tidur’ selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu
- Kembalikan GST – Najib Razak telah bertindak betul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :