90 murid derita makan kek cawan perisa dadah

90 murid derita makan kek cawan perisa dadah

90 murid derita makan kek cawan perisa dadah
HOSPITAL tempat murid menerima rawatan selepas makan kek cawan mengandungi dadah. FOTO Agensi.

Johannesburg: Dua lelaki di Afrika Selatan berdepan tuduhan cubaan membunuh, susulan 90 kanak-kanak sakit selepas makan kek cawan mengandungi dadah.

Sumber rasmi dilapor BBC berkata, kanak-kanak itu membeli kek cawan daripada penjual di tepi jalan berdekatan sekolah rendah Pulamadibogo di barat laut ibu negara, Pretoria.

Ramai pelajar yang terpaksa dihantar ke hospital kerana mengalami sakit perut, loya dan muntah selepas makan kek berkenaan.



Jabatan pendidikan Wilayah Gauteng berkata, guru terpaksa menghubungi ambulans selepas mendapati murid mula ‘berkelakuan ganjil’ di dalam kelas.

Polis yang menjalankan ujian toksikologi untuk mengesahkan sama ada terdapat ganja berkata, lebih 90 murid menerima kek cawan itu dan menderita ‘kesakitan yang teruk’.

Mereka dihantar ke fasiliti kesihatan berdekatan dan 87 sudah dibenar pulang, menurut kenyataan jabatan pendidikan.

“Hanya tiga murid perempuan masih dirawat di hospital dan dalam pantauan pakar perubatan,” kata kenyataan itu.



Polis memaklumkan suspek, Ofentse Maluleka, 21, dan Amukelani Nyulunga, 19, dibawa ke Mahkamah Majistret Soshanguve serta didakwa atas sembilan pertuduhan,

Mereka didakwa cuba menyebabkan kematian dengan menjual kek cawan mengandungi kesan narkotik kepada kanak-kanak.

Kedua-duanya kini dalam tahanan reman.

90 murid derita makan kek cawan perisa dadah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading