Lancar siri istimewa BoBoiBoy Air

Lancar siri istimewa BoBoiBoy Air

Lancar siri istimewa BoBoiBoy Air
Lancar siri istimewa BoBoiBoy Air

Kuala Lumpur: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bersama Monsta, penerbit animasi popular BoBoiBoy melancarkan siri istimewa BoBoiBoy Air bersempena sambutan Hari Sungai Sedunia.

Kolaborasi video ini adalah inisiatif Air Selangor dalam usaha meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai kepentingan untuk memelihara dan memulihara serta melindungi sumber air seperti sungai, tasik dan kolam air.

Mengangkat tema pencemaran sisa toksik dalam sungai, siri kali ini menceritakan bagaimana BoBoiBoy bersama rakan-rakannya menyelesaikan masalah pencemaran sumber air yang berlaku di Planet Tandusia.



Ditampilkan dalam siri ini, BoBoiBoy menggunakan dua teknologi khas iaitu Hydra dan Oacis.

Teknologi ini diguna pakai oleh pihak Air Selangor untuk memastikan tahap kualiti air di paras yang terbaik.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri berkata, pihaknya berharap kerjasama ini dapat membantu menyalurkan maklumat penting mengenai pemuliharaan air.

“Menerusi siri video animasi penuh dengan info dan menghiburkan ini, kami berharap mesej penting mengenai pemuliharaan air dan tanggungjawab orang ramai terhadap alam sekitar dapat disampaikan kepada masyarakat dengan lebih berkesan dan mudah difahami,” katanya dalam kenyataan.



Selain itu, pada masa yang sama Air Selangor turut menambah baik Hydro Hub yang menampilkan selebriti terkenal tanah air seperti Nabil Ahmad, Aishah Sinclair, Makcik Roastmah dan Daniel Cheang, yang akan membincangkan topik-topik pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air secara informatif melalui Water Handbook kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi siri Master Class Hydro Squad Air Selangor.

Lancar siri istimewa BoBoiBoy Air


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading