Projek beri manfaat kepada kontraktor

Projek beri manfaat kepada kontraktor

Projek beri manfaat kepada kontraktor
FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Projek pembinaan di Johor akan terus memberi manfaat kepada kontraktor sepanjang beberapa tahun akan datang, demikian menurut penganalisis.

Penganalisis RHB Research, Adam Mohamed Rahim berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada lawatan ke negeri terbabit bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pembangunan terbaharu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han.

“Kami berpeluang untuk melihat perkembangan projek Landasan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura. Bahagian projek RTS di Malaysia yang sudah siap 41 peratus setakat Julai lalu dan dijangka siap sebelum akhir 2026.



“Sunway Construction ialah kontraktor untuk jejambat darat. Pada Mac lalu, syarikat itu dianugerahkan kontrak bernilai RM604.9 juta oleh Mass Rapid Transit System yang meliputi Pakej 1B (kerja-kerja pembinaan awal untuk stesen dan jejambat) dan Pakej 5 (jejambat tanah dan struktur sampingan).

“Sementara itu, jejambat marin sedang dibina oleh kontraktor-kontraktor yang berpangkalan di China dan jejambat ini juga memperlihatkan perkembangan yang baik,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Adam berkata, pakej untuk membina stesen RTS Bukit Chagar dan juga Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQC) masih belum dianugerahkan, selepas tender dipanggil antara Mei dan Ogos lalu.

Projek beri manfaat kepada kontraktor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading