Mohon maaf atau kami saman

Oleh – Syeikh Baran


Mohon maaf atau kami saman
RUHAINIES didakwa telah melanggar kontrak dengan menarik diri dari menjadi duta produk Aurabella iaitu Mixberries Royal Women.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan cara kerja dan komitmen pelakon Ruhainies, syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Aurebella Beauty akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon itu.

Menurut Pengarah Urusan merangkap pengasas bersama Aurebella Beauty, Mohamad Aiman Hakim Nor Hashim pihaknya mendakwa Ruhainies telah melanggar kontrak dengan menarik diri dari menjadi duta produk mereka iaitu Mixberries Royal Women.



“Secara kasarnya kami tidak berpuas hati dengan kerja Ruhainies selepas dua bulan dilantik sebagai duta.

“Banyak perkara yang tidak dilakukan tetapi pihak kami masih belum boleh mendedahkan secara terperinci,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Susulan kejadian, pihak syarikat perlu menanggung kerugian sebanyak ratusan ribu ringgit.

Saya alami kemurungan yang sangat teruk susulan kejadian ini.



“Tindakan Ruhainies telah merendahkan kredibiliti kami dan juga syarikat dan bagi kami ini adalah satu penghinaan yang jelas.

“Pengunduran Ruhainies menyebabkan syarikat kami mengalami kerugian kerana majlis pelancaran, produk yang telah dicetak nama Ruhainies dan juga jualan daripada master stokis yang bersetuju untuk bersama kami,” ujarnya.

Dalam masa sama, Aiman turut berharap pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas membayar ganti rugu berserta permohonan maaf secara terbuka.

Kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut dua perkara.

“Ruhainies perlu menanggung semua kerugian yang syarikat kami alami dan dia juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka,” jelasnya lagi.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading