Saman jiran pentingkan diri
Saman jiran pentingkan diri
New York: Tidak tahan dengan tindakan jirannya mengadakan kelas senaman di laluan masuk rumah, menyebabkan suami isteri warga Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman di Mahkamah Agung Brooklyn.
Apollo dan Nataliya Hogan dari Brooklyn menyaman Edwin Aponte kerana mengadakan kelas senaman angkat berat di laluan rumah yang dikongsi mereka di kejiranan Bay Ridge, New York.
Dakwa mereka, Edwin menukar laluan selebar 2.4 meter kepada gimnasium selama enam jam, setiap hari serta dipenuhi pelbagai alat senaman angkat berat.
The Sun Online melaporkan, dalam tuntutan itu pasangan berkenaan mendakwa Edwin enggan membenarkan kereta mereka masuk menerusi laluan berkenaan, malah berlaku kerosakan konkrit disebabkan alat senaman yang digunakan, selain laluan terhalang kerana peralatan itu disimpan di situ.
Apollo dan Nataliya menuntut ganti rugi sewajarnya dan mahu Edwin menghentikan penganjuran kelas senaman di laluan berkenaan.
Saman jiran pentingkan diri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Hadi dan Muhyiddin, Mahathir akan bantu siapa?
- “Cari titik pertimbangan bijaksana, bukan berkasar” – Ti Lian Ker
- Pemilihan BERSATU, kem siapa akan menang?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :