PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  

 

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  

 Oleh Adam Malik


 



PAS sudah tidak sesuci seperti yang mererka cuba gambarkan selama ini.

Semalam , Mahkamah Kuala Terengganu telah memutuskan bahawa kemenangan PAS telah dibatalkan atas sebab Ada pembuktian PAS melakukan rasuah.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis memutuskan demikian selepas mendapati wujud unsur sogokan kepada pengundi di kawasan Parlimen terbabit sewaktu kempen PRU15.

Beliau yang juga merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka memerintahkan pihak responden iaitu Che Alias membayar kos sebanyak RM30,000 kepada pihak pempestiyen.



Maka, atas keputusan ini, kini PAS telah sahih sebagai Parti yang merasuah pengundi.

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  

Sebenarnya, video sebagai saksi perbuatan dan akuan pengundi juga sudah memadai untuk mengesahkan perbuatan rasuah PAS.

Sebelum ini pada kes yang sama dihadapi oleh Presiden PAS Haji Hadi Awang juga tersebar banyak video atas pelakuan wakil Haji Hadi dengan apa yamg dikenali sebagai video “Wallahi” bersumpah untuk mengundi PAS dengan imbuhan wang.



Namun, sebagai biasa, PAS sentiasa ada dalil dan hukum berbeza untuk pihaknya dan hukuman lain untuk pihak musuh.

KALAU BABIT PAS, ITU NAMANYA ‘DERMA’, BUKAN RASUAH


Pada kisah rasuah PAS ia diberi terma ‘Sedekah”.

Hanya jika dilakukan oleh pihak lawan baru lah digelar “Rasuah”.

Semenjak muncul pelbagai kisah rasuah PAS terutama nya kisah Tebatan Banjir dan kes mahkamah Hj Hadi , PAS dan sekutunya sudah amat jarang bermain sebutan ‘rasuah” .



Ini ketara kerana sekutu PAS yakni Parti BERSATU juga sangat banyak terpalit dengan kes rasuah.

Hampir semua kepimpinan Parti BERSATU terpalit rasuah dalam banyak projek dan pemberian tender secara “Direct Nego”

Malah , Muhyiddin Yassin juga terpalit rasuah dan menantu Muhyiddin Yassin juga lari keluar negara demi untuk menghalang dakwaan terhadap dirinya.

Begitu teruk sekali imej pemimpin Perikatan Nasional termasuk PAS sendiri.



Pemimpin tertunggi PAS dan PN ia itu Tun Mahathir juga banyak terpalit kes penyelewengan.

Bagi kes kes Tun Mahathir, antaranya saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal melondehkan kenyataan bahawa dirinya tidak pernah memberi apa apa kepada anak nya Ketika berkuasa sudah pun ada hampir tiga pembuktian.

Selain itu, Mahathir terpalit dengan saman oleh bekas kroninya sendiri ia itu Tan Sri Halim Saad.

Pastinya Halim akan cuba membuktikan Mahathir adalah orang dibelakang semua Tindakan perniagaan nya.



Memang diketahui Mahathir suka arah pihak lain dengan arahan mulut sahaja dan jika apa apa terjadi pihak lain tanggung beban menjawap.

Lihat sahaja pada Zeti Aziz di Mahkamah dimana akhirnya Zeti menjawap secara berlawanan dengan hujahan “Derma Arab adalah dongeng “ oleh sembilan Hakim.

Kini, ternyata semua pihak yang PAS sekongkol  dalam PN adalah Perasuah dan penyeleweng.

Rumusannya , PAS sudah tidak boleh lagi pergi merata tempat dan mengkritik parti lawan terutamanya UMNO , jika sesama ahli PAS pun tiada amalan nasihat menasihati.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button