Antara Hadi dan Muhyiddin, Mahathir akan bantu siapa?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Antara Hadi dan Muhyiddin, Mahathir akan bantu siapa?
Hj Hadi, Mahathir, Muhyiddin

Pasti akan menarik sekali bila Mahathir kini semakin ‘mesra’ dengan PAS (Parti Islam Se-Malaysia) dan bukannya dengan BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dalam hal kerjasama.

Mengapa Mahathir boleh begitu ‘akrab’ dengan PAS berbanding BERSATU?



Dalam rekod poltik, selepas Mahathir keluar dari Umno buat kali kedua pada 2016 selepas berbuat demikian pertama kali pada 2008. Beliau dipecat dari Umno pada 1969 oleh Tunku Abdul Rahman.

Pada Mei 2023, Presiden PAS, Hj Hadi Awang telah membuat pertemuan dengan Mahathir di kediamananya konon untuk menyokong ‘Proklamasi Melayu’ yang dibawakan Mahathir.

Agak terpegun dengan alasan ‘Proklamasi Melayu’, ramai mempertikaikan pertemuan tersebut dan mengaitkan pertemuan itu sebenarnya adalah untuk mencari sumber kewangan PAS.

Ini berikutan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun Parti BERSATU.



“Saya boleh sahkan perkara itu, namun maklumat terperinci tidak dapat saya kongsi buat masa sekarang. Ahli MPT dimaklumkan perkara ini beberapa hari lalu,” katanya kepada BH dihubungi hari ini.

Dr Muhammad Faiz berkata beliau percaya pembekuan akaun BERSATU itu ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 billion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19. – Laporan 1/2/2023

Dipercayai, PAS semakin terdesak mencari sumber kewangan lain bagi membantu urustadbir 3 negeri di bawah pemerintahan mereka selepas menang besar dalam PRN 2023. 

Untuk terus berharap kepada ihsan BERSATU selain ‘tabung milo’, PAS perlu alternatif lain memandangkan keperluan menyediakan kewangan yang besar.



Oleh demikian, Mahathir merupakan sumber kewangan yang dipertimbangkan mampu untuk membantu PAS mengharungi masalah kewangan.

Tetapi, seperti biasa, Mahathir akan hanya bersetuju sekiranya ada pulangan yang baik untuk dijadikan ‘taruhan’. 

Ternyata, Mahathir akan dapat apa yang beliau perlukan apabila dikatakan akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi yang dikenali sebagai SG4.

Ini akan memberi kelebihan buat Mahathir mendapat sokongan PAS sekiranya beliau mahu kembali ke arena politik negara.



Antara Hadi dan Muhyiddin, Mahathir akan bantu siapa?

 

MAHATHIR ENGGAN BANTU BERSATU KERANA MUHYIDDIN?

Ramai tertanya mengapa Mahathir agak dingin apabila tiba untuk bekerjasama dengan BERSATU. Adakah kerana Muhyiddin Yassin menyebabkan Mahathir tidak begitu ‘ghairah’ membantu BERSATU?

Sebagai rekod, Mahathir dipecat dari BERSATU kerana konflik dalaman sewaktu berlaku ‘Sheraton Move’. Bukan sahaja Mahathir dipecat, malah beberapa individu lain turut menerima nasib sama kerana enggan tunduk kepada Muhyiddin selaku Presiden BERSATU.



BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipecat berkuatkuasa serta merta.

Selain Mahathir, empat lagi yang dipecat adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Difahamkan, mereka dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Surat berkenaan ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya. – Laporan 28/5/2020



Selepas BERSATU, Mahathir mewujudkan PEJUANG namun tidak lama selepas itu beliau kewujudkan pula Gerakan Tanah Air (GTA) sebagai platform politiknya.

Bagaimanapun, semua itu menemui kegagalan kerana tiada sokongan dan Mahathir baru sedar, untuk mendapat sokongan besar, beliau perlukan parti seperti PAS.

Antara Hadi dan Muhyiddin, Mahathir akan bantu siapa?

Ini kerana ahli PAS begitu taksub dan taat kepada pemimpin mereka dan akan mematuhi apa sahaja arahan yang dikeluarkan oleh kepimpinan PAS.

Inilah yang Mahathir mahukan dan kini peluang tersebut sudah berada di depan matanya. Bukan sahaja sokongan padu, malah untuk membolehkan beliau ‘mengawal’ PAS hanya dengan suntikan kewangan sudah memadai bagi mendapat pulangan berbaloi.

Sudah nampak permainan Mahathir dalam politik?

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button