Fuziah Salleh Masih Di Jangkiti Virus Lynas?

Fuziah Salleh Masih Di Jangkiti Virus Lynas?

Tular beberapa hari yang lalu video Timb Menteri KPDN & KSH, Senator Fuziah Salleh, membeli belah barang keperluan harian dengan hanya RM136.30.

Antara barangan dibeli ialah minyak masak, beras, biskut, mi segera, sardin dalam tin, tepung gandum, serbuk minuman, bawang dan kentang.

“Siapa kata RM200 tak boleh, tak cukup, kena RM500?”.



“Jangan cakap perkara tak benar”.

“Saya sendiri tengok dan saya sendiri nilai”.

Setelah mendapat kecaman, Fuziah dengan segera menjelaskan bahawa itu adalah video lama yang ditularkan semula.

Fuziah juga mendakwa ada dalang yang menularkannya dengan bermotifkan politik untuk menjejaskan reputasi beliau.



Fuziah Salleh Masih Di Jangkiti Virus Lynas?

Menurut Fuziah, video tersebut diambil pada bulan Jun yang lalu ketika beliau berada di Pulau Langkawi.

“Sebenarnya ia video lama”.

“Ketika itu ada isu yang mengatakan perbelanjaan RM200 untuk barangan keperluan asas tak dapat apa-apa”.



“Jadi pada waktu itu, saya buat tinjauan di sebuah pasar raya dan beli sendiri barangan di situ”.

“Harganya lebih sedikit berbanding tempat lain yang menjual barangan Jualan Rahmah, namun masih cukup dan boleh penuh bakul dengan wang di bawah RM200”.

“Kenyataan saya dalam video bagaimanapun merujuk kepada situasi ketika itu,” katanya.

Apa yang dapat penulis komen mengenai isu ini adalah, apakah ada keperluan Fuziah untuk menularkan video tersebut?



Isu kenaikan harga barang adalah isu yang sedang menghimpit kehidupan rakyat marhaen.

Kalau pun mahu buat penilaian, sebagai pemangku menteri di KPDN & KSH, Fuziah boleh berkerjasama dengan Kementerian Komunikasi & Digital.

Biarkan saluran media tempatan yang melakukannya.

Alasan video lama tidak boleh diguna pakai.



Menurut penjelasan Fuziah, video tersebut diambil pada akhir bulan Julai yang lepas, hanya 2 bulan yang lepas.

Apakah 2 bulan yang lepas boleh dianggap lama dan harga keperluan asas berada dalam keadaan stabil?

Hentikan cubaan untuk mendapatkan populariti dengan cara yang tidak bijak kerana ianya akan ‘backfire’ diri sendiri.

Atau mungkinkah Fuziah masih lagi dijangkiti virus Lynas?



Fuziah Salleh Masih Di Jangkiti Virus Lynas?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button