Khairul Aming Hanya Ada ‘Loan’ Kereta Bezza

Walaupun Jualan Sambal Nyet Lebih RM33 Juta

Khairul Aming Hanya Ada ‘Loan’ Kereta Bezza

Khairul Aming Hanya Ada ‘Loan’ Kereta Bezza
Khairul Aming Hanya Ada ‘Loan’ Kereta Bezza

Siapa je yang tak kenal dengan pempengaruh media sosial Khairul Aming yang terkenal dengan trademark, “Hey What’s Up Guys”.

Baru-baru ini, Khairul Aming mendedahkan perniagaan Sambal Nyet yang diusahakannya 3 tahun lalu sudah mencapai jualan sebanyak RM 33.5 juta, bersamaan dengan 2.4 juta botol sambal.

Khairul Aming Hanya Ada ‘Loan’ Kereta Bezza

Pergh, dengan jualan sebanyak ini mesti ramai yang membayangkan kehidupan mewah pempengaruh ini kan?



Tetapi sebaliknya berlaku apabila usahawan ini mendedahkan dia hanya ada pinjaman kereta Perodua Bezza.



Kata Khairul Aming lagi, dia juga belum mempunyai rumah dan tidak berminat untuk membeli kereta mewah.

Usahawan ini lebih mementingkan aset yang ada di dalam kilang iaitu mesin yang bernilai jutaan ringgit. Mesin-mesin itu semua sudah dibayar penuh tanpa hutang.

Kilang saya tu dia generate income, jadi saya anggap ianya sebagai aset. Dan benda itu bukan hutang, dah habis bayar.

Untuk perancangan masa hadapan, Khairul Aming berkata andai kata situasi buruk berlaku, barangan di dalam kilang boleh dijual semula oleh ahli keluarganya.



Fuh memang memberi inspirasi dan contoh kepada anak muda di luar sana. Janganlah pula mengamalkan gaya hidup ‘biar papa asal bergaya’.

Kredit: TikTok @syaz_aa

Khairul Aming Hanya Ada ‘Loan’ Kereta Bezza


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button