Tiga sekawan didakwa edar lebih 26kg ketamin
Tiga sekawan didakwa edar lebih 26kg ketamin
IPOH: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar lebih 26 kilogram (kg) dadah jenis ketamin dua minggu lalu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, M Thinesh, 21; M Vikneswaran, 25, dan M Thinesh Kumar, 26, namun mereka faham pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret S Punitha.
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mengedar dadah jenis ketamin seberat 26,178 gram (g) di tepi jalan susur keluar sebelah kanan stesen minyak Petron, Jalan Gopeng, Kampung Gunung Rapat, di sini kira-kira jam 9.15 malam 20 September lalu.
Perbuatan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Tiga sekawan didakwa edar lebih 26kg ketamin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :