Daniel Radcliffe Meratapi Pemergian Michael Gambon
Dunia Menjadi Kurang Seronok
Daniel Radcliffe Meratapi Pemergian Michael Gambon
Pelakon yang memegang watak Dumbledore, Michael Gambon, dalam sekual Harry Potter dilaporkan telah meninggal dunia pada 28 September 2023 pada usia 82 tahun.
Meninggalkan Kesan Mendalam
Pemergiannya meninggalkan kesedihan yang mendalam buat kalangan pelakon dan salah seorang daripadanya adalah Daniel Radcliffe yang merupakan pelakon bersama dalam sekual filem tersebut.
Menurut Variety, Daniel Radcliffe memberi penghormatan terakhir kepada mendiang pelakon itu dan dia turut meluahkan kata-katanya dengan menyatakan bahawa dengan kehilangan Michael Gambon, dunia seolah-olah menjadi tidak seronok.
Dengan kehilangan Michael Gambon, dunia menjadi kurang seronok
Pelakon Harry Potter itu juga berkata Gambon seorang yang kelakar dan sering membuat mereka terhibur.
Michael Gambon adalah salah seorang pelakon yang paling cemerlang dan mudah untuk saya bekerjasama.
Tetapi di sebalik bakatnya yang luar biasa, perkara yang paling saya ingatialah betapa seronoknya dia melakukan tugasnya.
Dia bodoh, tidak sopan dan kelakar. Dia menyukai kerjanya, tetapi tidak pernah ditunjukkan.
Berasa Sedih Dengan Pemergian Gambon
Daniel mengakui sedih dengan pemergian Gambon. Terutamanya semasa filem Harry Potter ke-6, dia menghabiskan sebahagian besar masanya dengan Gambon.
Untuk makluman, berita pemergian Michael Gambon diumumkan oleh isterinya, Anne Miller atau Lady Gambon dan anaknya Fergus.
Michael meninggal dunia dengan aman di hospital bersama isterinya Anne dan anak lelaki Fergus di sisi katilnya, selepas mengalami radang paru-paru.
Daniel Radcliffe Meratapi Pemergian Michael Gambon
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?
- Demokrasi Sudah Mati Dalam PAS
- Fuziah Salleh Masih Di Jangkiti Virus Lynas?
- Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :