Liga Super: Hujan lebat, aksi Kelantan FC menentang Sabah FC terpaksa ditunda

Liga Super: Hujan lebat, aksi Kelantan FC menentang Sabah FC terpaksa ditunda

Liga Super: Hujan lebat, aksi Kelantan FC menentang Sabah FC terpaksa ditunda
Seorang petugas stadium memerhati keadaan padang selepas hujan lebat melanda Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Aksi perlawanan Liga Super Kelantan FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini, terpaksa ditunda ke satu tarikh lain berikutan cuaca hujan lebat.

Terdahulu, perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 9 malam itu ditangguhkan selepas hujan berterusan bermula pukul 7 malam.

Situasi itu menyebabkan permukaan padang di Stadium Sultan Muhammad IV digenangi air.



Komisioner Perlawanan, Azhar Ahmad keluar memeriksa keadaan padang yang masih digenangi air pada pukul 9 malam iaitu waktu sebenar sepak mula perlawanan.

Selepas membuat penilaian bersama Komisioner Umum, Hasbullah Ibrahim, Pegawai Perlawanan, Mohd. Fusser Mad Sallih dan Penilai Pengadil, Rosdi Shahrul, Azhar memutuskan perlawanan tidak dapat dilangsungkan.

Perbincangan diadakan bersama ketua jurulatih kedua-dua pasukan iaitu Alfredo Vera (Kelantan FC) dan Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC) bagi mendapatkan persetujuan.

Tarikh baharu perlawanan bagaimanapun belum diputuskan dan segala ketetapan mengenai perkara tersebut akan ditentukan oleh pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).



Peminat yang hadir boleh menyimpan tiket yang telah dibeli untuk perlawanan tersebut untuk digunakan kembali pada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Pengumuman mengenai penundaan perlawanan dan urusan tiket telah diumumkan oleh pihak pengurusan Kelantan FC. – KOSMO! ONLINE.

Liga Super: Hujan lebat, aksi Kelantan FC menentang Sabah FC terpaksa ditunda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button