Wanita cedera ditikam di dobi layan diri
Wanita cedera ditikam di dobi layan diri

KUALA NERUS: Seorang wanita cedera akibat ditikam dipercayai menggunakan senjata tajam di sebuah premis dobi layan diri berhampiran Kem Sri Pantai, Seberang Takir, di sini, jam 3 petang tadi.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Kes membabitkan seorang wanita. Kita masih menjalankan siasatan termasuk mendapatkan beberapa kenyataan berhubung kejadian itu.
“Operasi mengesan suspek juga sedang dilakukan. Setakat ini mangsa disahkan ditikam dan tidak ada kaitan samun,” katanya.
Sementara itu, seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam bersebelahan premis terbabit yang enggan dikenali berkata sebelum kejadian suspek lelaki berusia lingkungan 20an dilihat menaiki Proton Wira kelabu dan berada selama hampir dua jam di hadapan premis berkenaan.
“Sebaik melihat wanita terbabit (mangsa) memasuki premis dobi berkenaan, suspek kemudian terus masuk ke dalam,” katanya.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis dobi berkenaan, suspek dikatakan menikam mangsa yang berusia lingkungan 20an dari Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, di sini.
Berdasarkan rakaman itu, suspek yang dipercayai menggunakan senjata tajam turut mengelak dan memikul mangsa menggunakan kaki dan tangan.
Wanita cedera ditikam di dobi layan diri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?
- Demokrasi Sudah Mati Dalam PAS
- Fuziah Salleh Masih Di Jangkiti Virus Lynas?
- Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :