PAS takut pertandingkan jawatan “Top 5”
Oleh Adam Malik
Tiada pertandingan untuk jawatan “Top 5” PAS , kenapa?
“Untuk jawatan presiden dan timbalan presiden dan tiga naib presiden hanya ada satu pencalonan iaitu mengekalkan jawatan yang ada (tiada pertandingan) -Takiyuddin Hassan
Berita terkini yang baru dikeluarkan sebentar tadi melihat bahawa jawatan “Top 5” PAS tidak akan dipertandingkan.
Mungkin PAS ada alasan tersendiri untuk hal ini.
Mungkin juga PAS akan mencari dalil atau nas nas agama untuk pengumuman ini.
Namun, apa pun keputusan yang dibuat , ia ada lah hak Parti PAS yang tidak boleh dipersoalkan oleh parti lawan.
Cuma agak melucukan adalah penyokong penyokong PAS sering memperlekehkan Parti UMNO Ketika membuat keputusan yang sama sebelum ini.
UMNO TIDAK TANDINGKAN ‘TOP 2’, PAS ‘MENYALAK’
Ketika UMNO membuat keputusan tiada pertandingan “Top 2” pun sudah mendapat banyak kritikan kerana Tun Mahathir mahu Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid ditukarkan supaya orang UMNO yang sangat takut kepada Tun Mahathir seperti Hishamuddin Hussien atau Ismail Sabri dapat ambil alih jawatan Presiden lalu membawa UMNO sujud kekaki Tun Mahathir melalui Muhyiddin Yassin.
Namun usaha itu gagal kerana ahli UMNO sudah dapat menghidu niat kotor itu.
Maklumat dalaman UMNO Ketika itu juga sudah mengesan akan ada taburan wang dari pihak tertentu untuk membeli Ketua Ketua Bahagian UMNO supaya menjayakan Hasrat kotor itu.
Hatta, dua jawatan tertinggi UMNO tidak dibuka untuk pertandingan.
Akhirnya UMNO terselamat dari diseret untuk dibawa kepada Tun Mahathir.
Muktamar Tahunan Pas ke-69 dijangka berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.
Maka, nyata sekali apabila PAS rasa perlu , PAS juga akan melakukan apa yang terbaik untuk parti nya.
Ada juga pihak yang menyatakan, tindakan untuk menutup lima jawatan “top 5” mewajarkan kepimpinan PAS sedia ada untuk terus setia dibawah naungan “Tuan” baru PAS iaitu Tun Mahathir.
Maka, jika ada pertandingan, ditakuti kepimpinan baru atau Presiden baru tidak sehaluan dan tidak setuju PAS berada dubawah kawalan Mahathir.
Lalu, keputusan dibuat supaya jawatan “Top 5” PAS tidak dipertandingkan dan mengekalkan kepimpinan PAS yang sedia ada.