Rayuan DS Najib Tangguh Kerana Hakim Tarik Diri

Rayuan DS Najib Tangguh Kerana Hakim Tarik Diri

Rayuan DS Najib Tangguh Kerana Hakim Tarik Diri

Mahkamah Rayuan terpaksa menangguhkan pendengaran untuk mengembalikan semula saman pendakwaan yang salah ke atas DS Najib terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas.

Ianya berikutan salah seorang dari panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang, YA  Azizah Nawawi telah menarik diri.

Azizah membuat keputusan tersebut selepas membuat pendedahan. suaminya bekas DPP, Nik Suhaimi, pernah berkhidmat di bahagian rayuan Jabatan Peguam Negara.



Menurut Azizah, bagaimana pun, Nik Suhaimi sudah bersara pada awal tahun 2023.

Azizah turut mendedahkan, Nik Suhaimi pernah berada di bawah Tommy Thomas ketika beliau menjadi Peguam Negara dari 2018 hingga 2020.

“Saya ingin membuat pendedahan”.

“Semasa responden (Thomas) menjadi AG, dalam tempoh itu, suami saya Nik Suhaimi berada di Jabatan Peguam Negara”.



“Adakah pihak (plaintif dan defendan) mempunyai sebarang bantahan terhadap saya melakukan perkara itu?,” soal Azizah kepada kedua-dua pihak.

Firoz kemudian berkata dia perlu menerima arahan daripada Najib, yang sedang duduk di galeri awam mahkamah rayuan sivil.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan kira-kira sepuluh minit.

Firoz kemudian memaklumkan kepada panel hakim, See Mee Chun dan Lim Chong Fong bahawa DS Najib juga mahu Azizah menarik diri.



Bagaimanapun, Alan memberitahu panel bahawa tidak ada keperluan untuk Azizah menarik diri kerana tidak ada bahaya berat sebelah.

Peguam itu memberikan ‘precident’ Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun, yang menolak permohonan DS Najib supaya dia menarik diri.

Sebagai tindak balas, Azizah mengulangi bahawa dia akan tetap menarik diri kerana suaminya berada di bawah Thomas ketika itu.

Mahkamah Rayuan kemudiannya menetapkan pengurusan kes perkara itu minggu hadapan.



Ianya untuk memutuskan siapa yang akan membentuk panel baharu bagi mendengar rayuan DS Najib.

Sekiranya Azizah merasa perlu untuk menarik diri kerana keluarga terdekat pernah ada hubungan dengan orang yang terlibat dalam perbicaraan.

Maka timbul persoalan, mengapakah Tengku Maimun, Collin Lawrence Sequerah dan Nazlan merasakan tiada keperluan untuk melakukan perkara yang sama?

Rayuan DS Najib Tangguh Kerana Hakim Tarik Diri

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading