Formula Rafizi Terkulai Di Kerjakan Najibnomics

Formula Rafizi Terkulai Di Kerjakan Najibnomics

Formula Rafizi Terkulai Di Kerjakan Najibnomics

Mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib, memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari tahun 2008 hingga 2018.

Pada tahun 2009, Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Badawi berundur.

DS Najib memegang jawatan sebagai perdana menteri dari 2009 hingga 2018.



Sepanjang 9 tahun menjadi Perdana Menteri dan 10 tahun menjadi Menteri Kewangan, DS Najib dikritik hebat oleh musuh politik beliau.

Ada di antara musuh politik beliau menuduh DS Najib gagal sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

Mereka menuduh dasar yang beliau perkenalkan tiada halatuju yang jelas.

Tidak kurang juga yang menuduh DS Najib terlalu boros membelanjakan duit negara dengan projek mega yang membazir.



Tetapi tidak mempunyai pulangan kepada rakyat dan negara.

Projek Yang Di Katakan Membazir, Di Teruskan Juga

Tentu kita masih ingat lagi bagaimana DS Najib dikecam hebat ketika mengumumkan projek mega.

Antaranya seperti HSR, ECRL, Bandar Malaysia dan pelbagai projek yang lain.

Realitinya projek mega tersebut membawa pulangan kepada negara dalam jangkamasa panjang dikecam.



Malah dilontarkan pula dengan pelbagai tuduhan.

DS Najib dituduh telah menjual kedaulatan negara kepada negara China.

Apabila beliau mengumumkan usahasama Malaysia – China dalam pelbagai projek usahasama antara Malaysia dan China.

Malah ketika DS Najib memperkenalkan regim cukai GST yang lebih efisen dalam menangani masalah ‘black economy’, beliau dituduh telah menekan rakyat dengan cukai GST.



Apabila DS Najib memperkenalkan pembayaran BR1M kepada rakyat beliau dituduh merasuah rakyat.

Mantan perdana menteri 2 kali, Dr Mahathir, pernah berkata, beliau amat yakin, sekiranya DS Najib turun, maka nilai Ringgit akan naik serta merta.

Tetapi realitinya, selepas DS Najib dijatuhkan, keadaan ekonomi negara menjadi bertambah parah.

Idea DS Najib yang mereka kecam sebelum ini terpaksa digunapakai dan secara tidak langsung diakui adalah idea yang baik.



Projek mega yang mereka katakan membazir, mereka teruskan.

Lebih melucukan mereka cuba mendakwa merekalah pencetus idea tersebut.

Sudah 4 orang perdana menteri bertukar, 3 orang menteri kewangan bertukar dan 2 orang menteri ekonomi bertukar, namun keadaan ekonomi negara makin membimbangkan.

Ke mana perginya manusia yang dikatakan negarawan dan telah memerintah dan membangunkan negara selama 22 tahun?



Apakah beliau tidak mampu memulihkan ekonomi negara walau pun diberi peluang 2 kali menjadi perdana menteri?

Ke mana perginya formula ekonomi dari Raja Formula Malaysia?

Apakah formula beliau tidak dapat memulihkan ekonomi negara?

Paling penting, apakah yang rakyat dapat selepas menjatuhkan DS Najib?

 

Formula Rafizi Terkulai Di Kerjakan Najibnomics

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading