Mahathir liabiliti, antara faktor kekalahan PN.
Oleh Adam Malik
Mahathir liabiliti, antara faktor kekalahan Perikatan Nasional.
Semenjak PAS ikut jejak langkah Parti Bersatu iaitu mengangkat Tun Mahathir sebagai penasihat dan pemimpin tertinggi Perikatan Nasional, nampak nya kekalahan demi kekalahan dialami oleh PN.
Sudah tiga kekalahan dialami oleh PN berturut turut.
Sesiapa pun boleh beri hujah berlawanan, namun fakta sudah tiga kekalahan ditanggung oleh PN atas fakta ini tidak boleh dinafikan.
Mahathir sebagai biasa, apabila berkempen tidak ada modal lain selain memburukan pihak lawan.
Mahathir terkenal sebagai individu kedekut tidak akan syorkan apa2 insentif kepada pengundi selain membawa ceramah sekadar airliur sahaja.
Pada ceramah kempen nya di Pelangai, kisah Zahid dan Anwar menjadi bahan modalnya.
Dengan menghentam Zahid dan Anwar Mahathir berharap kebencian dapat disemai.
Dengan kebencian undi diperolehi tanpa apa apa yang dapat kepada rakyat.
Namun, sudah tiga kali berturut turut PN kalah selepas menang 3 negeri dengan cemerlang di PRN baru baru ini.
Sepatut nya Gelombang HiJau dapat tambah pengaruh, tapi tidak.
Ianya terbantut akibat PAS dampingi Mahathir.
Ini Kerana tiada faktor Islam dapat diautakan kepada rakyat Pelangai jiKa Mahathir yang diangkat jadi Imam besar PN.
Apa Retorik dan apa teori Islam yang ada pada Mahathir?
Sebagai orang hilang deposit Mahathir sepatutnya duduk diam.
Sebagai penjual aset negara dan pengadai Pulau Batu Puteh Mahathir tiada
Kelayakan berbicara.
Mahathir seharus tumpu kepada berberapa kes mahkamah yang membabitkan diri dan kroni nya.
Mahathir sepatut risau dengan kembalinya Roger Ng ketanah air untuk dakwaan 1mdb.
Roger Ng tidak perlu membaca skrip siapa siapa melainkan berkata benar sahaja.
Dijangka banyak percanggahan bakal berlaku dan berlawanan dari skrip yang memenjarakan Datuk Seri Najib Razak.
Itu sepatut difokus oleh Mahathir.
Maka, rumusan nya, kehadiran Mahathir pada kempen PAS hanya merosakan imej PAS ya ng sudah pun sedia tercalar akibat kes rasuah.
Mahathir sudah jadi liabiliti kepada mana mana pihak yang memikul bebannya.
Hanya kerana PAS terhutang dana maka terpaksa lah PAS pikul biawak hidup untuk Mahathir tumpang menonjolkan dirinya menunggang ahli PAS, akibatnya PAS tanggung kekalahan demi kekalahan.