Kesemua mangsa diberi penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM

Oleh – Syeikh Baran


Kesemua mangsa diberi penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebaik selesai proses bedah siasat.

Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini, sebaik selesai proses bedah siasat.

Difahamkan selepas itu, jenazah dan jasad kesemua mangsa akan dibawa ke destinasi pengebumian di negeri masing-masing seperti dimohon waris.



Jenazah terdiri daripada Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Komander Muhamad Amir Mohamad.

Jenazah empat lagi ialah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Sementara jasad mendiang Leftenan Sivasutan Thanjappan akan dibawa ke Kampung Serdang Sitiawan manakala Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna akan diterbangkan ke Serian, Sarawak.

Setakat ini, proses bedah siasat ke atas kesemua mangsa masih berjalan dan dijangka selesai kira-kira jam 3 petang ini.



Semalam kesemua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk proses bedah siasat.

Dalam kejadian jam 9.32 pagi semalam 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Terbuka TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut. – Bernama
 
Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading