Bekas aktivis pelajar UM buat protes pada konvokesyen 2019 didenda RM5,000

Bekas aktivis pelajar UM buat protes pada konvokesyen 2019 didenda RM5,000

Bekas aktivis pelajar UM buat protes pada konvokesyen 2019 didenda RM5,000
Bekas Pengerusi Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya, Wong Yan Ke didenda RM5,000, hari ini atas tindakan memprotes bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim, ketika majlis konvokesyen universiti itu, empat tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya (UMANY), Wong Yan Ke, didenda RM5,000, hari ini atas tindakan memprotes bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim, ketika majlis konvokesyen universiti itu, empat tahun lalu.

Majistret, Illi Marisqa Khalizan, juga mengarahkan Yan Ke, 27, menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pada 5 April 2022, mahkamah mengarahkan Yan Ke membela diri atas tindakan berkenaan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Yan Ke.



Pada 26 Februari 2020, Yan Ke mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Fardiana Haryanti Ahmad Razali selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bekas aktivis pelajar UM buat protes pada konvokesyen 2019 didenda RM5,000
Bekas Pengerusi Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya, Wong Yan Ke

Mengikut pertuduhan, graduan UM itu didapati melakukan kesalahan di Dewan Tunku Canselor UM, pada jam 10 pagi, 14 Oktober 2019, iaitu dengan sengaja mengaibkan dan mendatangkan marah kepada bekas Naib Canselor UM itu dan tetamu dalam Istiadat Konvokesyen ke-59.

Bekas aktivis pelajar UM buat protes pada konvokesyen 2019 didenda RM5,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir liabiliti, antara faktor kekalahan PN.



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading