Kereta terbabas dan terbalik, pasangan suami isteri cedera

Kereta terbabas dan terbalik, pasangan suami isteri cedera

Kereta terbabas dan terbalik, pasangan suami isteri cedera
Kenderaan pacuan empat roda yang terbabas dan terbalik di Kilometer 407.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), petang tadi. – Foto ihsan Bomba

HULU SELANGOR: Pasangan suami isteri cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 407.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), di sini, petang tadi.

Identiti kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 30 tahun yang cedera setakat ini, belum diketahui.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata wanita berkenaan terpaksa menahan kesakitan hampir 20 minit akibat tersepit dalam kenderaan itu.



Difahamkan, sebelum kemalangan berlaku mangsa bersama suaminya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah.

Terdahulu, katanya, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 6.09 petang.

“Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

“Terdapat dua mangsa iaitu pasangan suami isteri. Mangsa wanita tersepit di bahagian penumpang dan cedera pada muka manakala suaminya hanya cedera ringan dan berjaya keluar dari kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.



Ahmad Mukhlis berkata, anggota bertugas dan pasukan perubatan berjaya membawa keluar wanita itu selama kira-kira lima minit.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

Kereta terbabas dan terbalik, pasangan suami isteri cedera


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kehadiran Roger Ng dan Jasmin Loo mampu ‘upset’ kan skrip konspirator kes 1mdb.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button