Lebih 50,000 kampit beras putih tempatan diagih hingga 22 April – LPP

Oleh – Syeikh Baran


Lebih 50,000 kampit beras putih tempatan diagih hingga 22 April - LPP
Gambar Hiasan

Sebanyak 519.36 tan metrik atau 51,936 kampit beras putih tempatan (BPT) telah diagihkan setakat semalam menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan sebagai langkah jangka pendek untuk mengawal isu kekurangan bekalan beras dalam pasaran.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengedaran BPT LPP dilaksanakan melalui pembabitan bersama Pertubuhan Peladang Negeri dan Pertubuhan Peladang Kawasan yang berpotensi di seluruh Malaysia.



“Pengagihan itu membabitkan sebanyak 103 Pertubuhan Peladang (PP) melalui outlet-outlet pemasaran PP seperti Peladang Outlet, Agrobazar PP dan Kedai Peladang.

“Pada tahun 2023, sebanyak 2,101 tan metrik (210,100 kampit) BPT telah dibuat edaran dengan nilai kos belian RM5,357,550,” menurut kenyataan itu.

LPP turut memaklumkan sebanyak 34 program Jualan Agro MADANI (JAM) telah dilaksanakan setakat semalam dengan nilai jualan RM1,094,242 membabitkan penjimatan RM136,741 dan turut menyasarkan 78 program jualan itu dilaksanakan tahun ini.

Pada 2023, sebanyak 114 program JAM telah dilaksanakan dengan nilai jualan RM2,150,000 dan penjimatan sebanyak RM470,000 membabitkan 954 usahawan dengan anggaran pengunjung mencecah 250,000 orang.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading