Biarawati ‘buang’ beg berisi rangka rakan

Oleh – Syeikh Baran


Biarawati 'buang' beg berisi rangka rakan
Gambar Hiasan

Polis Chile membuka siasatan selepas seorang biarawati berusia 80 tahun meninggalkan beg pakaian mengandungi rangka rakannya yang mati setahun lalu, di tepi jalan bandar Santiago.

Beg itu ditemui Isnin lalu yang mencetuskan panik dalam kalangan penduduk bandar, serta kebimbangan mengenai peningkatan jenayah kekerasan.



Warga emas itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera yang menunjukkan dia dengan pakaian seorang biarawati di tempat kejadian.

Polis Juan Fonseca berkata, wanita terbabit mendakwa telah berjanji dengan rakan yang juga seorang biarawati untuk sentiasa bersama walaupun selepas kematian seorang daripada mereka.

“Wujud perjanjian, yang mana biarawati muda itu meninggal dunia setahun lalu pada usia 58 tahun dan seorang lagi telah menyimpan mayatnya di dalam beg pakaian atas rasa kasih sayang terhadap rakan,” katanya.

Menurutnya, kematian biarawati itu disahkan akibat penyakit dan polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah.



Ketika kejadian, beg itu ditemui pengutip barang kitar semula yang cuba mengambilnya namun, meletakkannya semula selepas terhidu bau busuk.

Biarawati terbabit tidak ditangkap tetapi berisiko dikenakan sekatan di bawah peraturan kesihatan awam kerana tidak memaklumkan pihak berkuasa mengenai kematian rakannya bagi dikebumikan atau dibakar.

Media Chile melaporkan, perjanjian kedua-dua wanita itu bukan mengikut ajaran rasmi agama dianuti, tetapi lebih kepada janji peribadi.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading