Ancaman bom, penerbangan Scoot patah balik ke Singapura

 

Ancaman bom, penerbangan Scoot patah balik ke Singapura
PENERBANGAN Scoot menerima ancaman bom selepas kira-kira sejam di udara.

Singapura: Penerbangan Scoot TR16 dari Singapura ke Perth terpaksa berpatah balik ke republik itu apabila menerima ancaman bom selepas kira-kira sejam di udara, menurut syarikat penerbangan tambang rendah itu.

“Pesawat itu berlepas pada 4.11 petang hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Scoot berkata Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah dikerah untuk mengiringi pesawat itu kembali ke Lapangan Terbang Changi.



“Perkhidmatan kecemasan turut diaktifkan,” menurut kenyataan itu.

TR16 selamat mendarat di Singapura pada 6.27 petang untuk pemeriksaan keselamatan.

Scoot berkata syarikat penerbangan itu juga membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka.

“Memandangkan ini membabitkan aspek keselamatan, kami tidak dapat memberikan butiran lanjut,” katanya.



Ancaman bom, penerbangan Scoot patah balik ke Singapura


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button