Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

Kartel kilang padi berlumba untuk dapatkan jumlah padi yang banyak untuk menghasilkan beras putih.

Harga lantai padi yang ditetapkan oleh kerajaan adalah RM1,200 satu tan.

Tetapi disebabkan kartel berlumba untuk dapatkan padi dari pesawah, mereka tawarkan harga padi sehingga RM1,700 satu tan.



Pesawah tidak menjual terus kepada kilang.

Kalau ada pun, tidak ramai.

Pesawah menyerahkan urusan menuai, mengangkut dan menjual padi kepada orang tengah.

Orang tengah tersebut adalah sebahagian daripada jaringan kartel.



Biasanya orang tengah ada hubungan baik dengan kartel kilang padi.

Apabila ada kilang yang mahu beli padi RM1700 satu tan, maka orang tengah akan hantar padi pesawah ke kilang tersebut.

Logiknya, selain tauke kilang, orang tengah juga mahu untung.

Macai Kartel Yang Menjadi Belaan Tauke Kilang

Jika ada kilang padi lain juga menawarkan harga padi yang tinggi, tauke kilang akan bermain duit dengan orang tengah dan pemandu lori.



Pemandu lori padi akan diberi insentif berupa duit upah oleh tauke kilang (walaupun pemandu lori bekerja dengan broker).

Maka berduyun-duyunlah lori padi beratur untuk menjual padi pesawah di kilang tersebut.

Hatta walau terpaksa beratur 1hingga 2 kilometer panjang atau berhari-hari menanti giliran masuk kilang.

Manakala orang juga dipelihara oleh tauke kilang.



Orang tengah yang mengarahkan lori padi mereka menghantar padi pesawah ke kilang tersebut, akan diberi ‘shedekah’.

Ada berupa duit, ada juga berupa tajaan menunaikan umrah.

Ada orang tengah dapat pergi umrah 2 kali setahun, ditaja oleh tauke kilang padi.

Begitu banyak ‘shedekah’ yang tauke kilang belanjakan kepada beratus-rastus pemandu lori, berpuluh orang tengah dan juga dengan cara membeli padi pada harga mahal.



Cara Tauke Kilang Menghisap Darah Petani

Lalu daripada mana tauke kilang boleh untung?

Sudah tentu margin keuntungan jual beras putih akan kecil dan tidak berbaloi.

Apatah lagi kerajaan enggan menaikkan harga beras putih tempatan.

Bagaimana tauke dan kartel boleh untung?



Jawapannya, kilang-kilang kartel menipu ketika timbangan padi semasa mereka membeli padi.

Timbangan padi telah dikunci oleh pihak kartel pada satu peringkat.

Walau banyak mana hasil padi pesawah, timbangannya tetap dihadkan kepada berat yang kilang tetapkan.

Andaikata hasil pesawah mencapai 7.5 tan padi sehektar, tetapi semasa melalui timbangan, ia dibaca dengan berat antara 4.5 tan ke 5 tan sahaja.

Maka padi selebihnya itulah menjadi sumber keuntungan para tauke dan kartel.

Sekuat mana dan sebijak mana pun pesawah menanam padi dan menghasilkan padi sehingga 8-9 tan, sampai ke kilang, ia hanya ditulis 4.5 tan sahaja di atas resit pembelian.

Jika purata hasil padi dilihat oleh kartel sebagai cantik, kartel akan naikkan sedikit timbangan menjadi 5 hingga 6 tan.

Pesawah akan gembira kerana menyangka hasil penat lelah mereka berhasil untuk musim itu.

Walhal timbangan yang sebenar jauh lebih dari itu.

Selain menipu timbangan, kilang kartel juga memanipulasi potongan basah padi.

Ada yang potong 15%, ada yang potong sampai 22%.

Sudahlah berat asal padi kena tipu, yang tertimbang sedikit, dipotong pula atas faktor padi basah, padi hampas dan sebagainya.

Maka pesawah hanya dapat hasil jualan yang rendah setelah 3-4 bulan membanting tulang menanam padi, meracun rumput, melawan serangga perosak, membaja dan sebagainya.

Kartel kilang dan kartel orang tengah mendapat laba besar dalam industri padi beras sejak sekian lama.

Cara Macai Kartel ‘Merampas’ Tanah Pesawah

Apa lagi yang kartel kilang dan kartel broker buat?

Mana-mana petak sawah yang pesawahnya sudah tidak bermaya untuk mengerjakan sawah padi, pesawah telah mati, orang tengah akan membeli tanah sawah tersebut.

Kalau tanah itu hendak dijual mahal sekalipun, orang tengah akan membelinya juga.

Daripada mana orang tengah dapat duit?

Dari kartel tauke kilang.

Apabila tanah sawah yang luas dimiliki oleh orang tengah, maka sudah tentu hasil padi automatik akan dihantar ke kilangnya.

Kartel kilang dan orang tengah juga membuat untung melalui pinjaman wang kepada pesawah.

Samada secara upah menabur benih, upah membaja, upah meracun, ubah membajak, upah menuai dan sebagainya, dibuat secara berhutang kepada orang tengah.

Kartel juga menawarkan penjaman ‘along’ kepada pesawah.

Cara bayaran adalah melalui hasil padi.

Jika gagal membayar, akan ada bunganya.

Akhirnya apabila hutang itu melebihi had tertentu, pihak kartel akan memaksa pesawah yang berhutang itu membayarnya dengan memajak tanah kepada mereka.

Ada yang berakhir dengan tanah sawah dijual kepada kartel.

Kerajaan mesti putuskan rantaian kartel yang selama ini menghisap darah pesawah.

Setiap sen yang mereka belanjakan, akan dikutip semula dari pesawah dan rakyat (dengan manaikkan harga beras), berlipat kali ganda.

Benar, teknologi penanaman padi mesti sentiasa dipertingkatkan.

Tetapi selagi rantaian kartel tidak diputuskan atau lebih baik dimusnahkan sepenuhnya, selagi itulah masalah ini tidak akan selesai.

Ada hikmah yang cukup besar di sebalik masalah bekalan beras putih negara.

Sesungguhnya di dalam kesusahan, ada kesenangan, maka tidakkah kita mahu berfikir?

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button