Israel laksana serangan berskala besar menjelang kedatangan Blinken
Israel laksana serangan berskala besar menjelang kedatangan Blinken
Gaza: Tentera Israel melakukan “serangan berskala besar” ke atas sasaran milik Hamas di Gaza pada Khamis, tetapi tidak memberikan butiran, ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken menuju ke rantau itu untuk bertemu pemimpin di kedua-dua pihak terbabit dalam krisis berkenaan.
Jet Israel menyerang sasaran Gaza selama berhari-hari sebagai balasan atas serangan hujung minggu lalu oleh pejuang Hamas.
Kira-kira 4.30 pagi Khamis, tentera Israel berkata, ia melakukan “serangan besar-besaran” ke atas sasaran milik Hamas di Gaza. Ia tidak memberikan butiran.
Media Hamas berkata, 15 rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel.
Saksi mata melaporkan pesawat Israel mengebom hebat bandar Gaza dan pihak berkuasa Gaza juga melaporkan serangan udara ke atas kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,200, dengan kira-kira 5,600 cedera, media Palestin melaporkan sebelum ini dengan memetik Kementerian Kesihatan Gaza.
Biden menghantar diplomat tertingginya ke Timur Tengah untuk menunjukkan sokongan berterusan Washington terhadap Israel, berusaha untuk mendapatkan pembebasan tawanan, termasuk rakyat Amerika, dan menghalang perang yang lebih luas daripada meletus.
Israel laksana serangan berskala besar menjelang kedatangan Blinken
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Aset 1MDB Jadi Dana Parti Dalam PRU15?
- KJ & Ismail Sabri Jumpa Najib Untuk Keringkan Peluh Siapa?
- Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.