Rakyat Malaysia ditahan kerana 622kg dadah, PDRM kerjasama dengan Polis Australia
Rakyat Malaysia ditahan kerana 622kg dadah, PDRM kerjasama dengan Polis Australia

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang warga Malaysia berkait rampasan 622 kilogram (kg) dadah di Melbourne, Australia, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Polis Persekutuan Australia (AFP) berhubung siasatan itu.
“PDRM melalui JSJN kini sedang bekerjasama dengan pihak AFP bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
“Segala tindakan akan diambil bagi memastikan kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah yang menjadi ancaman negara dapat dibanteras tanpa kompromi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Terdahulu, media hari ini melaporkan empat lelaki dengan seorang daripada mereka warganegara Malaysia, ditahan pihak berkuasa Australia berkaitan rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 622 kg di Melbourne, Australia.
AFP dalam kenyataan, hari ini berkata bungkusan itu baru tiba di Melbourne melalui kargo laut dari Malaysia pada 4 Oktober lalu.
Hasil pemeriksaan, polis menemukan 622 bungkusan teh emas dan hijau, dengan setiap satu seberat satu kg yang disembunyikan dalam palet gulungan kertas tandas.
Dadah yang dirampas itu dianggarkan hampir AUD$560 juta (RM1.7 bilion) dan dua warga China berusia 33 tahun, seorang warga Malaysia, 34, serta warga Hong Kong, 32, ditahan, semalam.
Dua daripada lelaki itu ditahan di lapangan terbang ketika cuba meninggalkan Australia secara berasingan.
Rakyat Malaysia ditahan kerana 622kg dadah, PDRM kerjasama dengan Polis Australia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Aset 1MDB Jadi Dana Parti Dalam PRU15?
- KJ & Ismail Sabri Jumpa Najib Untuk Keringkan Peluh Siapa?
- Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :