Nama imam Masjid Al-Aqsa antara dipapar dalam saluran Telegram

Nama imam Masjid Al-Aqsa antara dipapar dalam saluran Telegram

Nama imam Masjid Al-Aqsa antara dipapar dalam saluran Telegram
SHEIKH Ekrima Sabri. FOTO AFP

Baitulmaqdis: Imam Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis, Sheikh Ekrima Sabri, antara puluhan rakyat Palestin yang didakwa menjadi sasaran selepas nama dan tempat tinggalnya disiarkan menerusi Telegram kumpulan Israel berhaluan kanan, yang menggesa supaya beliau dibunuh, lapor Middle East Eye.

Agensi Anadolu melaporkan, saluran dikenali Nazi Hunters 2023 itu menyifatkan individu disasarkan, yang disertakan dengan gambar dengan garis silang di muka mereka sebagai ‘Nazi yang berjalan-jalan dengan bebas dan belum lagi disingkirkan’.

Ketua pasukan guaman kepada Sabri, Khaled Zabarqa memberitahu MEE bahawa Sabri menyedari ancaman terhadapnya, yang menurutnya sedang dihasut oleh puak pelampau Yahudi, disokong oleh elemen dalam kerajaan Israel.



Sabri menghubungi kerajaan Jordan, penjaga tempat suci di Baitulmaqdis, dan konsulat Arab di Baitulmaqdis untuk memaklumkan mereka mengenai situasi krisis itu yang semakin buruk, kata Zabarqa.

“Hasutan itu telus dan berbahaya. Hampir setahun Sheikh Ekrima menghadapi provokasi berterusan, dengan kumpulan pelampau Yahudi ini secara langsung menghasut pembunuhannya,” katanya.

Individu lain yang dikenal pasti dalam saluran Telegram termasuk pemimpin agama, tokoh politik, wartawan, pegawai awam, dan aktivis pelajar, serta yang didakwa sebagai ahli Hamas dan pejuang Palestin.

MEE tidak menyatakan identiti mereka yang dinamakan kecuali Sheikh Ekrimq kerana kebimbangan terhadap keselamatan individu berkenaan.



Saluran Telegram dalam Bahasa Ibrani ditubuhkan pada Isnin ketika konflik antara Israel dan Hamas di Gaza semakin memuncak, berikutan serangan maut oleh pejuang Palestin di selatan Israel pada Sabtu.

Pada masa ini, ia mempunyai lebih daripada 3,500 pengikut.

Ia menyeru supaya agensi penguat kuasa undang-undang menangkap dan menyoal siasat mereka yang dinamakannya dan supaya dibawa ke muka pengadilan.

Nama imam Masjid Al-Aqsa antara dipapar dalam saluran Telegram

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker