Nama Ardini Dipilih Sabri Yunus
Tak Paksa Angeline Tan Bertudung - “Bersyukur Allah Buka Hati Antara Kami”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Nama Ardini Dipilih Sabri Yunus
Alahai comel je tengok pasangan pengantin baru Sabri Yunus dan Angeline Tan ini kan? Dalam diam rupanya mereka menjalin hubungan cinta sehingga akhirnya diijab kabul pagi tadi.
Rakyat Malaysia khasnya peminat sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu mestilah teruja kerana Wan Ismail Golok akhirnya memiliki Lucy! Ewah!
Di Facebook, pelakon tersohor ini mengaku tak mampu membalas satu per satu ucapan doa dan tahniah daripada semua. Dia mengucapkan syukur kerana Allah SWT membuka pintu hari di antara mereka berdua.
Nama Islam Angeline iaitu Ardini turut dipilih Sabri sendiri tau. Katanya, nama itu spontan muncul di fikiran ketika diminta pejabat agama selepas isterinya itu memeluk Islam pada 26 September lalu.
Saya sengaja mencari nama bermula dengan huruf A sebab nama asal isteri saya pun memang Angeline, syukur Allah ilhamkan nama itu dalam fikiran saya.
Jelas ‘Pok Ya’ lagi, Angeline belum berhijab sepenuhnya dan dia sendiri tak mahu memaksa. Soal ini biarlah isterinya melakukannya dengan hati terbuka dan kehendak sendiri.
Kredit: Facebook | Hib Glam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :