Instagram Kila Fairy Dihujani Pelbagai Reaksi Netizen

Kongsi Senaman Tegangkan Bahagian Dada

Instagram Kila Fairy Dihujani Pelbagai Reaksi Netizen

Instagram Kila Fairy Dihujani Pelbagai Reaksi Netizen
Instagram Kila Fairy Dihujani Pelbagai Reaksi Netizen

Semua sedia maklum, Kila Fairy merupakan selebriti yang sering berkongsikan kepada peminatnya mengenai rutin harian di media sosial.

Malah ada sesetengah daripada perkongsian tersebut menjadi ikutan dari pengikutnya di media sosial.

Menjadi Perhatian Netizen

Jika dilihat, sejak dari dulu, dia sering menjadi perhatian netizen terutamanya kaum wanita untuk memiliki bentuk tubuh seperti Kila Fairy.



Banyak yang dikongsikan olehnya termasuklah pemakanan, cara hidupnya, malah dia juga turut berkongsikan kepada umum mengenai senaman yang dilakukan olehnya untuk kekal menjadi seorang yang cantik.

Berkongsikan Senaman Kepada Pengikut

Instagram Kila Fairy Dihujani Pelbagai Reaksi Netizen
via Instagram Kila Fairy

Terbaru, di laman Instagram miliknya, Kila ada berkongsikan kepada umum mengenai senaman yang dilakukan olehnya khusus untuk bahagian dada.

Sambil tersenyum, dia menunjukkan beberapa gerakkan excercise kepada umum bagi mendapatkan hasil seperti yang diimpikan.

Senaman kesukaan saya. Haa senaman ini la yang penting untuk kaum wanita dekat luar sana

Katanya, senaman tersebut merupakan senaman kegemarannya, malah turut memaklumkan bahawa senaman tersebut penting untuk kaum wanita.



Raih Perhatian Netizen

Instagram Kila Fairy Dihujani Pelbagai Reaksi Netizen
via Instagram Kila Fairy

Walaupun perkongsian tersebut berbentuk senaman, tetapi netizen mula memberikan komen yang kurang enak kepadanya.

Malah, ada juga pihak yang menegur Kila dengan menyatakan bahawa sebagai wanita yang berhijab, Kila sepatutnya lebih sensitif dan elakkan menunjukkan kepada umum mengenai senaman itu.

Walaupun menerima beberapa komen yang negatif, ada juga segelintir netizen yang memuji dengan kecantikkan yang ada pada Kila dan mendoakan Kila untuk terus kekal istiqamah dalam mengekalkan hijab yang dipakainya.

Instagram Kila Fairy Dihujani Pelbagai Reaksi Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker