Alif Kini Kembali Ke Slot Akasia Dengan Bukan Sekadar Lafaz

Alif Kini Kembali Ke Slot Akasia Dengan Bukan Sekadar Lafaz

Alif Kini Kembali Ke Slot Akasia Dengan Bukan Sekadar Lafaz
Alif Kini Kembali Ke Slot Akasia Dengan Bukan Sekadar Lafaz

Slot Akasia bakal membawakan drama terbaharu ke kaca televisyen anda berjudul Bukan Sekadar Lafaz.

Diinspirasikan Dari Novel

Drama ini telah diinspirasikan oleh novel karya Sophilea yang bertajuk sama. Drama terbitan

Pencil Pictures & Records ini bakal menghiburkan kaki-kaki drama bermula 17 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 7.00 malam dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3.



Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan penulisan skrip dihasilkan oleh Sophilea. Drama ini juga menggandingkan nama-nama pelakon tanah air yang sangat mantap dan berbakat seperti Alif Satar, Wanna Ali, Ahmad Idham, Yuna Rahim, Mia Nasir , Malek Malek Mccrone dan ramai lagi!

Sinopsis Drama

Alif Kini Kembali Ke Slot Akasia Dengan Bukan Sekadar Lafaz
via Media Prima

Syikin (Wanna Ali) adalah seorang pelatih yang baru bekerja di sebuah kafe yang terkenal.

Semasa bekerja, dia bertemu dengan sahabat lamanya dari sekolah bernama Hud (Alif Satar) yang bertugas sebagai supervisor kepada Syikin di kafe tersebut.

Kenangan lama yang terpahat pada zaman sekolah dahulu membangkitkan semula perasaan cinta yang terpendam di dalam hati Hud.



Namun, Syikin kini bersama dengan seorang doktor bernama Dr Firman (Malek Mccrone).

Hubungannya bersama Dr Firman sangat dicemburui oleh adik tirinya Aein (Yuna Rahim), yang menaruh hati kepada Dr Firman.

Perasaan cemburu ini membuatkan Aein menyusun rancangan jahat untuk merosakkan hidup Syikin.

Syikin terpedaya dengan helah Aein yang mengakibatkan kehamilan.

Akibat sangkaan tersebut, Tuan Zaman (Ahmad Idham) berang dan memaksa Syikin untuk berkahwin dengan Dr Firman untuk mengelakkan fitnah terhadap keluarga mereka.

Dr Firman rasa seolah dirinya dipermainkan lalu menolak permintaan Tuan Zaman.

Menyedari situasi yang dialami Syikin, Hud kemudian menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Syikin untuk menyelamatkan maruah mereka sekeluarga.

Runut Bunyi Dari Gandingan Wanna Ali Dan Aiman

Alif Kini Kembali Ke Slot Akasia Dengan Bukan Sekadar Lafaz
via Media Prima

Lebih menarik, drama ini juga bakal menampilkan lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’ daripada gandingan vokal mantap Wanna Ali dan Aiman Ismail sebagai runut bunyi rasmi drama Bukan Sekadar Lafaz.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan lakonan Alif Satar dan barisan pelakon yang penuh bakat ini menerusi slot Akasia mulai 17 Oktober 2023 setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam atau strim di perkhidmatan iQIYI 1 jam selepas siaran TV.

Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store.

Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.

Alif Kini Kembali Ke Slot Akasia Dengan Bukan Sekadar Lafaz


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker