Piala Supermokh ‘kilang’ cungkil bakat muda

Piala Supermokh ‘kilang’ cungkil bakat muda

Piala Supermokh ‘kilang’ cungkil bakat muda
Barisan pemain muda JDT antara yang menyerlah pada kempen kali ini. – Foto ihsan NFDP

PENGANJURAN Piala Supermokh akan terus menghasilkan pemain-pemain muda berkualiti setanding dengan pemain sensasi Harimau Malaya, Luqman Hakim Shamsudin atau Arif Aiman Hanapi.

Ini terbukti apabila beberapa pemain yang terdiri dari produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mula meniti dibibir beberapa pasukan dari luar negara yang turut sama menyertai kejohanan Piala Supermokh 2023 bermula 10 hingga 14 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, penganjuran yang memasuki edisi ke-7 kali ini sangat berjaya dengan penyertaan beberapa pasukan ternama dari luar negara.



“Prestasi bakat-bakat muda tempatan yang berjaya ditonjolkan diri sebagai pemain yang sangat berkaliber, pasukan yang sangat berkesan, maksudnya itu juga jadi satu hasil daripada setiap program yang telah kita anjur dan jalankan, ini satu berita sangat baik yang sudah semestinya perlu diteruskan pada masa akan datang.

“Beberapa pemain yang kita anggap prospek menerusi kejohanan ini telah dicungkil dan mencuri minat dimana pemain (prospek) ini akan bermain di luar negara iaitu Jepun (Shonan Bellmare). Mereka akan terbang ke Jepun pada hujung bulan ini untuk mengikuti latihan di sana”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat




“Nampak ia satu hasil yang sangat baik dan mahu melihat lebih ramai lagi,” katanya pada majlis makan malam Piala Supermokh 2023, semalam.

Sebagai rekod, Luqman adalah bekas pelajar daripada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) selain beberapa pemain seperti Umar Hakeem Suhar, Zikri Khalili, dan Harith Haiqal serta Arif Aiman.

Saingan Piala Supermokh edisi 2023 di AMD, Gambang telah disertai 24 pasukan dari 10 negara.

Sejak diperkenalkan pada 2014, tiga kategori diperkenalkan iaitu Bawah 12 (B-12), (B-13) dan (B-14) tahun dengan juara bertahan bagi setiap kategori turut serta pada kejohanan tahun ini.



Pada edisi kali ini, juara bagi kategori B-12 menjadi milik NFDP A dan kategori B-13 milik AMD Dream manakala Buriram United menjuarai kategori B-14. – KOSMO! ONLINE

Piala Supermokh ‘kilang’ cungkil bakat muda

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button