1st Look Yang “MENGANCAM”, Mungkin Pilihan Utama Telefon Jenis Flagship Tahun Ini!
1st Look Yang “MENGANCAM”, Mungkin Pilihan Utama Telefon Jenis Flagship Tahun Ini!
Baru-baru ini Samsung telah melancarkan siri Galaxy Fan Edition (FE) yang merangkumi 4 peranti baru iaitu Galaxy S23 FE, Galaxy Tab S9 FE, Galaxy Tab S9 FE+ dan juga Galaxy Buds FE.
Siri Galaxy FE ini boleh dikatakan comeback oleh Samsung disebabkan pada siri Galaxy S22 tiada siri Fan Edition (FE) dilancarkan.
Kali ini, penulis ingin berbicara mengenai telefon pintar Galaxy S23 FE yang berjaya menarik perhatian penulis. Untuk pandangan pertama terhadap peranti ini, penulis akan menyentuh 3 perkara sahaja semasa melihat Galaxy S23 FE ini.
Reka Bentuk & Warna Yang Menarik
Bagi sesetengah orang, reka bentuk peranti memainkan peranan yang penting kerana ia memberi keselesaan kepada pengguna. Samsung Galaxy S23 FE ini mempunyai reka bentuk boxy yang memberi keselesaan terutama semasa memegangnya.
Ditambah pula dengan saiz yang tidak terlalu besar dan berat 209g je, ianya kemas serta sesuai diletakkan di dalam poket.
Selain itu, bahagian depan dan belakang menggunakan Gorilla Glass 5 serta bahagian tepi yang diperbuat dari aluminium menambakan kualiti premium pada peranti ini.
Bagi Galaxy S23 FE ini hadir dengan 4 variasi warna iaitu mint, cream, graphite dan purple. Terdapat juga 2 warna eksklusif bagi pembelian secara online sahaja iaitu warna tangerine dan indigo. Kesemua warna yang ditawarkan oleh Samsung sangat sesuai dipadankan dengan pengguna.
Bagi penulis warna purple sangat menarik, ia bukan warna purple cerah yang selalu dikeluarkan oleh Samsung. Namun, ia adalah purple gelap yang sesuai dipakai oleh kaum lelaki dan pada waktu yang sama menambah ekslusif pada peranti.
Skrin Lebar, Paparan Yang Jelas
Samsung Galaxy S23 FE mempunyai skrin sebesar 6.4-inci yang lebih besar berbanding Galaxy S23 sebesar 6.1-inci sahaja.
Panel skrin jenis Dynamic AMOLED yang diguna pakai menawarkan penghasilan warna yang terang pada paparan skrin. Bukan tu je, paparan beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz memberi kepuasan kepada pengguna semasa menonton video.
Selain itu, di bahagian skrin turut mempunyai lubang kamera kecil bagi kamera swafoto. Namun, ia tidak menjejaskan visual paparan disebabkan saiz yang kecil dan kemas. Kadang-kadang penulis sendiri pun tidak perasan dengan kewujudan kamera swafoto itu.
Kualiti Kamera Yang Tidak Menghampakan
Bila sebut tentang kamera telefon, Samsung adalah pencabar utama Apple dalam menghasilkan kualiti gambar yang jelas dan kemas. Galaxy S23 FE tidak begitu mengecewakan dalam memberi kualiti gambar yang terbaik.
Peranti S23 FE ini dilengkapi dengan 3 kamera utama yang terdiri dengan lensa utama 50MP, ultra sudut lebar 12MP dan 8MP serta kamera swafoto 10MP. Ia turut hadir dengan pelbagai jenis mod kamera seperti Aperture, Potrait, Photo, Video, Pro dan More.
Bagi penulis yang kerap mengambil gambar, ia sangat membantu dalam menghasilkan gambar yang menarik serta kualiti yang dijaga rapi dari segi pencahayaan disebabkan AI dan HDR pada kamera Galaxy S23 FE ini.
Bagi rakaman video pula, peranti ini dapat dirakam dengan kualiti maksimum sehingga UHD 8K/24FPS serta dilengkapi dengan sistem OIS.
Bagi penulis dengan telefon pintar yang diletakkan dalam kategori flagship, namun pada harga yang berpatutan iaitu Galaxy S23 FE (128GB) dengan harga RM2,999 dan Galaxy S23 FE (256GB) berharga RM3,299, ia boleh menjadi pilihan utama.
Untuk spefikasi penuh dan pengalaman menggunakan Galaxy S23 FE ini, korang kena tunggu untuk artikel seterusnya.
Bagi yang berminat untuk memiliki Galaxy S23 FE ini, korang boleh dapatkan sekarang secara online di laman web rasmi Samsung.
Jom Sertai Team #GalaxyTroop & Nikmati Tawaran Menarik
Korang tahu tak sempena dengan keluaran siri Galaxy FE, Samsung menawarkan tawaran yang berbaloi. Bermula dari 10 Oktober sehingga 30 November 2023, bagi korang yang membeli siri Galaxy FE dapat menikmati tawaran bernilai sehingga RM1,150.
- Galaxy S23 FE
- Dapatkan storan berganda bernilai RM300
- Jimat RM350 rebat bagi trade-in.
- Diskaun sehingga 30% untuk sebahagian produk Samsung
- Galaxy Tab S9 FE/ Tab S9 FE+
- Percuma Smart Book Cover
- Percuma 1 Tahun Kod Baucar Viu Premium Langganan
- Jimat RM100 rebat bagi trade-in
- Diskaun sehingga 30% untuk sebahagian produk Samsung
Aha! Kalau korang beli siri Galaxy FE, jangan lupa untuk berdaftar menjadi ahli #GalaxyTroop. Nak tahu kenapa?
Sebab dengan menjadi ahli #GalaxyTroop, korang dapat menikmati tawaran Samsung Finally Monday Epic Rewards. Macam mana nak join?
Senang je, korang cuma perlu ikuti 2 langkah ini:
Langkah 1: Berdaftar menjadi ahli #GalaxyTroop
Langkah 2: Bagi yang berdaftar, akan menerima e-mel yang mengandungi hadiah mingguan pada setiap hari isnin.
*Perhatian: Bagi yang belum join #GalaxyTroop, korang boleh berdafar di sini.
Untuk maklumat lanjut berkaitan siri Galaxy FE tahun ini, ikuti laman sosial rasmi Samsung di Facebook dan Instagram.
1st Look Yang “MENGANCAM”, Mungkin Pilihan Utama Telefon Jenis Flagship Tahun Ini!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Kesan Serangan HAMAS Terhadap Israel?
- Adakah MYAirlines Hanya Untuk Cuci Duit Haram, Siapa Menteri MITI Yang Berikan Lesen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?