Netflix House Bakal Dibuka Tahun 2025, Merupakan Restoran Dan Kedai Fizikal

Siapa di sini pengguna setia perkhidmatan penstriman Netflix? Ada berita baik untuk korang!

Mungkin ada di antara korang tidak tahu Netflix sebelum menjadi platform penstriman video popular, mereka menawarkan langganan untuk filem dalam bentuk DVD.

Perkhidmatan ini masih diteruskan sehingga tahun ini dan baru sahaja ditamatkan baru-baru ini.

Baru-baru ini, Bloomberg telah menyatakan Netflix masih ingin menceburi perniagaan di kedai fizikal dengan bakal melancarkan Netflix House.

Netflix House merupakan restoran dan kedai menjual barangan Netflix mengikut tema-tema kandungan mereka sama seperti dalam Netflix.shop.

Netflix House Bakal Dibuka Tahun 2025, Merupakan Restoran Dan Kedai Fizikal

Menariknya, kedai ini turut akan menyertakan zon imersif untuk mengalami dunia siri TV atau filem Netflix yang sedang hangat, sebagai contoh acara Balik Terbalik untuk Stranger Things di Menara KL tahun lepas.

Difahamkan, Netflix House balal dibuka di Amerika Syarikat bermula tahun 2025 nanti.

Buat masa ini, tiada sebarang informasi jika Netflix akan membuka Netflix House di negara-negara lain termasuk Malaysia.

Kredit: Bloomberg

Netflix House Bakal Dibuka Tahun 2025, Merupakan Restoran Dan Kedai Fizikal

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker