Pestabola Merdeka: Legenda negara terus dihargai

Pestabola Merdeka: Legenda negara terus dihargai

Pestabola Merdeka: Legenda negara terus dihargai
HAMIDIN (jaket hitam kuning) bertanya khabar Khalid (kiri) ketika program Ziarah Kasih, hari ini.

KUALA LUMPUR – Karnival UNITI Pestabola Merdeka 2023 diteruskan lagi dengan program Ziarah Kasih dengan kunjungan ke kediaman tiga legenda bola sepak negara iaitu Khalid Ali, P Darmalinggam dan S Pushpanathan, hari ini.

Ziarah Kasih itu babitkan Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sebagai usaha mengingati semula sejarah bola sepak Malaysia yang pernah berada pada tahap tertinggi.

Ketua Setiausaha KPN, Datuk Azman Mohd Yusof, berharap karnival ini sebagai usaha untuk mengingati semula sumbangan bekas pemain dan detik kebanggaan untuk mengenang jasa legenda negara.



“Sukan dan perpaduan adalah mesin kekuatan yang membantu menyatukan rakyat dalam kepelbagaian.

“Karnival seumpama ini adalah peluang kita untuk merayakan sejarah bola sepak Malaysia dan mengingatkan kita akan peranan dimainkan legenda dalam pembentukan negara.

Program Ziarah Kasih ini juga boleh dianggap sebagai satu penghormatan kepada legenda bola sepak Malaysia yang mengukir nama negara di persada dunia. – KOSMO! ONLINE

Pestabola Merdeka: Legenda negara terus dihargai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker