Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi

5 hakim Mahkamah Persekutuan menolak rayuan DS Najib untuk mengenetepikan penghakiman terus yang diperoleh LHDN untuk mendapatkan tunggakan cukai.

Panel 5 hakim yang dipengerusikan oleh Abang Iskandar telah membuat keputusan pihak LHDN boleh memulakan tindakan pungutan cukai sebanyak RM1.69 bilion.

4 lagi hakim yang turut bersidang ialah Mohamad Zabidin Mohd. Diah, Nallini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suan dan Abu Bakar Jais.



Nallini berkata prinsip bayar dahulu, berbincang kemudian tetap berkuat kuasa.

Sesiapa yang berhutang kepada LHDN, mesti menyelesaikan jumlah tertunggak.

Ianya mesti dijelaskan sebelum merayu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.

“Mengutip cukai adalah fungsi berdaulat kerajaan”.



“Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan diwartakan Parlimen membolehkan pemulihan cukai secara tepat pada masanya dan bukan menangguhkannya”.

“Seksyen 106(3) adalah berperlembagaan kerana ia tidak melanggar Perkara 5, 8 dan 121 Perlembagaan Persekutuan,” jelas Nallini.

Kenapa Ada ‘Double Standard’ Terhadap Status Duit RM2.6 Bilion?

Pelik tapi benar, itulah yang sedang berlaku di dalam sistem perundangan di negara kita.

Bukan mempersoalkan atau mempertikaikan, jauh untuk memperlekehkan keputusan Mahkamah Persekutuan.



Tetapi asas kepada cukai yang dikenakan ke atas DS Najib adalah mengenai duit sebanyak RM2.6 bilion yang dianggap sebagai dana politik.

Duit itu didakwa diterima oleh DS Najib dari keluarga Di Raja Arab Saudi.

Persoalan yang pertama, adakah mahkamah mengiktiraf duit tersebut adalah duit yang diberikan oleh keluarga Di Raja Arab Saudi.

Ini bermaksud duit tersebut bukan duit 1MDB yang didakwa dicuri oleh DS Najib.



Jika itu pendirian dan keputusan mahkamah, maka apakah perlunya DS Najib masih lagi menghadapi pertuduhan salah guna kuasa ke atas RM2.6 bilion duit 1MDB?

Bukankah sepatutnya kes itu digugurkan.

Ianya berikutan mahkamah sendiri sudah mengiktiraf duit tersebut adalah derma dari keluarga Di Raja Arab Saudi dan bukannya duit 1MDB.

Dan sekiranya kes 1MDB tetap diteruskan, apakah sistem percukaian di Malaysia mengiktiraf duit curi sehingga diiktiraf sebagai pendapatan yang perlu dikenakan cukai?



Persoalan terakhir, mengapa hanya DS Najib seorang yang dikenakan cukai ke atas dana politik?

Apakah tidak ada pemimpin politik lain yang terima dana politik?

 

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button