Kluster Mahkamah, Faizal Azumu Presiden BERSATU baru?
Oleh – Bakhtiar Omar
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kini berada dalam dilemma kerana hampir semua pimpinan tertinggi parti tersebut bakal dan bergelar kluster Mahkamah. Ini menyebabkan pemerhati politik berpendapat, hanya Faizal Azumu atau dikenali sebagai Peja sahaja berpotensi sebagai Presiden BERSATU yang baru.
Bagaimanapun, ada sedikit konflik mungkin akan berlaku apabila ‘orang kuat’ Peja, telah menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.
Timbalan Presiden BERSATU tersebut sebelum ini pernah menjadi Menteri Besar Perak dan masih mendapat sokongan besar dari parti.
Walaupun tewas ketika mempertahankan kerusi parlimen Tambun pada PRU15, ternyata Peja mempunyai daya tarikan tersendiri. Seringkali menjadi ‘penampan’ serangan serta kritikan terhadap Presiden, Peja mempunyai kualiti yang sangat baik sebagai pengganti Muhyiddin Yassin.
Baca – Hanya Muslihat PN?
Jika sebelum ini, suasana dalaman BERSATU dikatakan agak panas bila berlaku pertembungan kem tertentu yang mahu merebut jawatan Presiden, kini parti itu lebih ‘tenang’.
Dipercayai ‘ketenangan’ tersebut berlaku kerana ramai telah nampak pintu Mahkamah yang menanti pemimpin BERSATU.
Azmin Ali yang dikatakan turut berpotensi untuk jawatan tertinggi dalam BERSATU mampu menjadi gandingan terbaik untuk kepimpinan baru di bawah Peja kelak.
Baca – AZMIN bakal Kluster Mahkamah?
Apatah lagi untuk mengendalikan Perikatan Nasional kelak, sudah pasti Peja perlukan seorang Timbalan Presiden yang bagus untuk mengendalikan parti.
Faizal Azumu perlu diberikan mandat besar untuk menjadi Presiden BERSATU selepas Muhyiddin Yassin yang berdepan proses Mahkamah.