Pestabola Merdeka: Tajikistan bakal disajikan igauan ngeri final

Pestabola Merdeka: Tajikistan bakal disajikan igauan ngeri final

Pestabola Merdeka: Tajikistan bakal disajikan igauan ngeri final
PAN-GON bersama Dion Cools hadir pada sidang akhbar pra-perlawanan final Pestabola Merdeka antara Malaysia dan Tajikistan di Subang semalam.

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyatakan istilah simpati tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya kerana mahu memberi mimpi ngeri buat skuad Tajikistan pada final Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Walaupun pengendali Tajikistan, Petar Segrt mengakui skuad dibimbingnya pada kali ini hanya mempertaruhkan ‘budak mentah’, sebaliknya melabelkan Malaysia sebagai pilihan, Pan-gon menganggap semua itu sebagai helah pasukan lawan.

“Kenapa dia menangis sebelum perlawanan bermula dan jelas itu adalah tabiat yang tidak baik. Saya sebagai ketua, saya tidak bercakap seperti ini, saya perlu yakin dengan barisan pemain saya kerana apa yang kita ada adalah yang terbaik.



“Kami memiliki skuad yang penuh keyakinan dan saya akan katakan kami mahu memberikan prestasi terbaik untuk mengha­dirkan kejayaan kepada para penyokong,” katanya pada sidang akhbar pra-perlawanan di Su­bang semalam.

Perlawanan kali ini juga akan menjadi pentas terbaik buat Harimau Malaya membalas dendam ke atas Tajikistan selepas kekalahan pada final Piala Raja Thai tahun lalu, namun Pan-gon juga berharap perlawanan dapat dilangsungkan dalam cuaca baik.

Pada masa sama, jurulatih dari Korea Selatan itu memberi jaminan untuk menghadirkan permainan menarik dan mahu memberi tekanan kepada pemain lawan sehingga mereka melakukan kesilapan.

“Setiap perlawanan kami mahu menang dan kami berada di landasan terbaik untuk memasuki kelompok 120 dunia. Taktikal kami makin stabil dan kami sentiasa katakan yang kami mahu serlahkan identiti Malaysia iaitu agresif dan dominasi perlawanan.



“Kami mahu serlahkan perlawanan menarik, bukannya aksi yang membosankan. Kami akan paksa lawan lakukan kesilapan dan bukannya sekadar menunggu,” katanya.

 

Pestabola Merdeka: Tajikistan bakal disajikan igauan ngeri final


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker