Sandiwara PAS Dalam Isu Palestin

Sandiwara PAS Dalam Isu Palestine

Sandiwara PAS Dalam Isu Palestin

Ketika ditanya wartawan dalam sidang media selepas Muktamar PAS ke 69 mengenai pendirian Anwar dalam isu Palestin, Hadi mendakwa Anwar tidak melakukan secukupnya.

Kenyataan Hadi itu telah disanggah oleh Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, Hadi boleh sahaja menyoal perdana menteri di Parlimen jika terdapat sebarang isu.



Tetapi Hadi bukan sahaja tidak melakukannya, malah tidak hadir ke persidangan parlimen.

Dari 9 Oktober hingga 19 Oktober, Hadi cuma hadir sekali pada 16 Oktober.

Dan pada 16 Oktober itu, Anwar membuat kenyataan mengenai isu Palestin.

Persoalannya, mengapa ketika itu Hadi tidak menyoal Anwar dan menyuarakan rasa tidak senang mengenai pendirian Anwar mengenai isu Palestine?



Malah menurut Fahmi, Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin, ucapkan tahniah kepada Anwar atas pendirian kerajaan dalam isu Palestin.

“Jadi, kenapa dia tak terus sebut bila ada peluang dalam dewan?”.

“Ini ke adab seorang alim, pendakwah?”.

“Jelas Abdul Hadi ni seorang yang penuh hasad dengki,” sanggah Fahmi.



Bagi penulis, sangat jelas, sikap yang ditunjukkan oleh Hadi merupakan sikap seorang munafik yang bacul.

Hanya berani bercakap di belakang, tetapi apabila berhadapan, menikus dan diam membisu seribu bahasa.

Sepatutnya, sebelum Hadi mempersoalkan pendirian kerajaan mengenai isu Palestin, beliau perlu cerminkan muka beliau terlebih dahulu.

Semasa memegang jawatan Duta Khas Ke Negeri Timur Tengah, apa yang telah Hadi lakukan untuk Palestin?



Beliau bukan sahaja tidak melakukan apa-apa, malah mengunjungi Palestin atau mana-mana negeri Arab pun tidak dilakukan.

Layakkah seorang yang memakan duit haram hasil dari gaji buta bercakap mengenai perjuangan dan nasib umat Islam?

 

Sandiwara PAS Dalam Isu Palestin

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button