Ramai Simpati Dengan Boss Susu, Azmi Zainal
Astro Dah Dapat Penaja Yang Baik, Tapi Tak Jaga Hati Pula
Ramai Simpati Dengan Boss Susu, Azmi Zainal
Beberapa hari lepas, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal meluahkan rasa kecewanya terhadap pihak Astro. Ini selepas pihak produksi Astro memotong promosinya semasa berlangsung All Stars Gegar Vaganza dengan iklan komersial.
Perkara itu diluahkan Azmi Zainal atau lebih dikenali dengan gelaran Boss Susu di Facebook dan mengakui berkecil hati kerana ini bukan kali pertama mereka menaja GV tetapi merupakan tahun kelima berturut-turut.
GV kali ni aku stress gila beb. Takkan nak pantun je untuk klip aku yang 1 minit tu. Orang pun bosan. Dewan Bahasa pun bosan nanti.
Bukan senang nak jual susu ni. Aku ada 1 minit je untuk capture attention 6 juta penonton. Dah la minggu lepas klip aku kena potong, hangin satu badan aku masa konsert tu.
Boss Susu turut memaklumkan dia terus bangun dari tempat duduk dan pergi ke operation room untuk minta penjelasan.
Bagi aku klip satu minit tu sangat berharga. Tu yang aku cakap dengan orang Astro, support la. Janggan la anggap klip aku tu picisan dalam konsert ni. Buat acuh tak acuh je.
Dah ambil kita jadi sponsor kena pandai la jaga sponsor. Aku taja sebab bisnes, untuk naikkan sale. Bukan untuk aku glamour. Nak bayar juta-juta dekat Astro, aku kena perah nenen lembu aku. Bukan aku petik daun tepi jalan.
Apa yang diluahkan Boss Susu ini turut mendapat sokongan dari netizen yang rata-ratanya bersimpati dan merasakan pihak Astro tidak sepatutnya memberikan layanan kepada penaja seperti itu.
Bagi Ohmedia apalah salahnya bagi lebih lagi masa untuk penaja bercakap dan kurangkan sikit masa pengacara bercakap. Apapun, kita masih menantikan penjelasan daripada pihak Astro pula.