“Suara Demi Najib” mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


"Suara Demi Najib" mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak

Bertempat di Dewan Besar, Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, berlangsung pertemuan antara penyokong Dato Sri Najib Razak bersama anak-anak beliau. “Suara Demi Najib” menjadi platform pertemuan secara langsung itu mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran sekitar 900 ke 1,000 orang.



Kehadiran Datuk Nizar Najib, Datuk Nazif Najib dan Yana Najib disambut dengan sorakan sokongan oleh hadirin yang hadir.

"Suara Demi Najib" mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak

Program yang diaturkan oleh sebuah NGO, Wastiyyah Madani bersama Team NR berjaya menarik kehadiran bukan sahaja sekitar Kuala Lumpur malah difahamkan ada yang datang dari Kelantan, Johor, Perak dan Pulau Pinang.

MOHON KEADILAN PERBICARAAN BUAT NAJIB

"Suara Demi Najib" mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak



Nizar Najib tampil di atas pentas dan mengimbau bagaimana bapanya kehilangan kawan-kawan yang satu ketika sering bersama namun sebaik tidak lagi bergelar Perdana Menteri, mereka terus menghilangkan diri.

Namun demikian, menurut Nizar, bapanya bertuah kerana masih ada sahabat setia serta penyokong setia yang sentiasa berada bersamanya ketika susah senang.

Beliau turut tertanya apa kesalahan Najib yang pada pandangannya tidak mendapat perbicaraan yang seadilnya apabila hak sebagai seorang yang dituduh dalam Mahkamah tidak dipenuhi Hakim.



Malah, untuk mengemukakan bukti baru tidak dibenarkan oleh Hakim ketika itu. Oleh kerana tidak mendapat hak tersebut, Najib terpaksa meringkuk di dalam penjara.

“KERAJAAN PERPADUAN, BUATLAH PERKARA YANG BETUL”

Sementara itu,Datuk Naziffudin Najib, menggesa agar Kerajaan Perpaduan membuat perkara yang betul dan segera memperbetulkan Institusi Kehakiman agar rakyat tidak menyimpan sangsi terhadap Institusi tersebut.

Ini semua berdasarkan apa yang berlaku terhadap bapanya, Najib Razak sepanjang 5 tahun perbicaraan. Nazif turut merujuk kepada apa yang berlaku baru-baru ini apabila pihak Pendakwaan memohon untuk meminda angka dalam pertuduhan terhadap Najib.



Ini baginya sesuatu yang agak mengejutkan kerana selepas 5 tahun naik turun Mahkamah, baru sekarang pihak Pendakwaraya mahu meminda angka dalam pertuduhan.

YANA KONGSI EMOSI BILA CUCU BERTANYAKAN ATUKNYA

"Suara Demi Najib" mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak

Sepertimana dua abangnya yang berucap dalam program “Suara Demi Najib”, Yana Najib tidak ketinggalan berkongsi emosi apabila anaknya, Adam bertanyakan dimanakah atuknya (Najib Razak).



Yana dalam keterpaksaan menyatakan Atuknya berkerja dan tidak dapat pulang dalam tempoh yang agak lama.

Lebih menyentuh bila Yana menyatakan sehingga hari ini Najib masih belum dapat menatap satu-satunya cucu perempuan yang baru dilahirkan.

Beliau (Yana) turut menggesa agar Najib diberikan keadilan sewajarnya dalam perbicaraan. Beliau turut berteimakasih kepada semua penyokong Najib yang hadir di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi.

"Suara Demi Najib" mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak



 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading