Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah bermula?

Oleh – Bakhtiar Omar


Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah bermula?
Tan Sri Muhyiidn Yassin

Krisis dalaman BERSATU kian memuncak. Malah, gerakan untuk menjatuhkan Muhyiddin dikatakan sudah bermula apabila beliau memohon passport untuk bercuti ke London.

Sejauh mana kebenaran tersebut? Ada suara nakal menyatakan Muhyiddin mahu ke London bagi membantu SPRM mencari menantu beliau yang hilang. Ada juga yang mengusik mengatakan Muhyiddin akan memohon Suaka dari negara tertentu bagi mengelak dikenakan pendakwaan terhadapnya.



Selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin dianggap sebagai seorang yang sangat lemah bila 2 ahli Parlimen Perikatan Nasional tiba-tiba menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BERSATU KINI PENUH DENGAN ‘KLUSTER MAHKAMAH’

Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah bermula?

Diburukkan lagi dengan dakwaan di Mahkamah, Muhyiddin kini tidak boleh menafikan dirinya tergolong sebagai ‘Kluster Mahkamah’. Ini menimbulkan prejudis di alangan ahli parti sendiri kerana seringkali kepimpinan parti melaungkan parti itu tidak akan terlibat melindungi sesiapa yang dikategorikan sebagai ‘Kluster Mahkamah’.

Perebutan jawatan tertinggi dalam BERSATU pula menjadikan parti tersebut berpecah kepada beberapa kem. Dalam pada itu, Muhyiddin turut digesa agar ‘mengadap’ Tun Mahathir bagi mendapatkan nasihat bagi memperkuatkan kembali cengkaman dalam parti.



Malah, para ‘influencer’ pro Mahathir sudah mula bertikam lidah dengan ‘influencer’ pro Muhyiddin di Tik Tok. Sudah pasti pro Mahathir mahu Muhyiddin mempelawa bekas Perdana Menteri itu menyertai Perikatan Nasional memandangkan PAS telah bercadang agar Mahathir dilantik sebagai penasihat ekonomi SG4.

Menyentuh mengenai perebutan jawatan dalam BERSATU, sudah bermula lobi-melobi serta kempen untuk menyusun siapa pengganti Muhyiddin dan siapa pula mengambil tempat Timbalan Presiden.

PAS sebagai parti dominan dalam Perikatan Nasional dikatakan telah memberi isyarat kepada BERSATU agar segera menyelesaikan masalah dalaman terutama yang melibatkan peralihan sokongan ahli Parlimen kepada Kerajaan Perpaduan.

PAS ADA ‘PERJANJIAN PERSEFAHAMAN’ DENGAN MAHATHIR?

Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah bermula?



Sejak membawa Mahathir ke pentas Muktamar, nada PAS agak berbeza sama sekali. Adakah ini kerana parti itu ada perjanjian persefahaman dengan Mahathir?

Segalanya tidak mustahil dalam politik. Jika satu ketika BERSATU boleh bersama dengan Pakatan Harapan, PAS boleh bersama dengan DAP, apa sangat sekiranya PAS menerima Mahathir pula?

Sebagai ‘orang lama’ dalam politik, Muhyiddin sepatutnya sudah mempunyai ‘backup plan’ bagi mengukuhkan cengkamannya dalam BERSATU. Beliau tidak boleh dilihat tunduk kepada Mahathir selepas ‘Sheraton Move’ yang dijayakan Azmin Ali selepas mengkhianati PKR.

Muhyiddin perlu sedar, musuh dalam selimut itu jauh lebih berbahaya dari musuh di depan mata. Bukan beliau tidak pernah beraksi sebagai ‘musuh dalam selimut’ ketika bersama Umno sebelum dilucutkan jawatan.



Bak kata pepatah Inggeris, ‘what goes around, comes around’. Jadi wajarlah Muhyiddin menstruktur semula BERSATU sebelum disingkirkan dengan cara paling halus.

Tubuhkan RCI Untuk Siasat Pembaziran Lebih RM1 Bilion Pembelian PPE, Vaksin & Ventilator Ketika Covid-19

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button