Dua maut kereta rempuh tembok pembahagi jalan

Dua maut kereta rempuh tembok pembahagi jalan

Dua maut kereta rempuh tembok pembahagi jalan
Anggota bomba melakukan kerja mengeluarkan mangsa nahas jalan raya yang menyebabkan dua maut di Jalan Bukit Impian-Senai, awal pagi tadi. – FOTO IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU: Dua lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki gagal dikawal lalu merempuh tembok pembahagi jalan di Jalan Bukit Impian-Senai di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Pegawai Bomba Kanan II Wan Nor Affendi Wan Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada jam 3.15 pagi.

Beliau berkata, seramai 20 anggota dari BBP Kempas dan BBP Skudai dihantar ke lokasi kejadian.



“Nahas membabitkan sebuah kereta Proton Wira dinaiki lima lelaki terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan,” kataya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, dua mangsa iaitu N Khatiravan, 23, dan M Arvindran, 20, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, V Thineswaran, 22, dilaporkan parah manakala S Arivin, 24, dan Muhammad Syafiq Abdullah, 36, cedera ringan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis manakala dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.



“Operasi tamat pada jam 4.35 pagi,” katanya.

Dua maut kereta rempuh tembok pembahagi jalan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu telur tembelang MRSM Kuala Klawang disiasat




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading