Berebut hak penjagaan anak, lelaki serbu lapangan terbang dan lepas tembakan

Berebut hak penjagaan anak, lelaki serbu lapangan terbang dan lepas tembakan

Berebut hak penjagaan anak, lelaki serbu lapangan terbang dan lepas tembakan
Keadaan di Lapangan Terbang Hamburg. – FOTO Reuters

Hamburg: Polis Hamburg, Jerman percaya bahawa pertikaian hak penjagaan anak mungkin menjadi punca seorang lelaki bersenjata menyerbu lapangan terbang antarabangsa Hamburg, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Terdahulu pada Sabtu, media melaporkan bahawa lapangan terbang antarabangsa Hamburg terpaksa ditutup kepada semua penerbangan keluar dan masuk selepas seorang lelaki merempuh penghadang keselamatan dengan kenderaannya dan meluru ke arah landasan, sebelum melepaskan dua das tembakan ke udara.

Menurut maklumat yang diperoleh setakat ini, kanak-kanak yang bersama lelaki itu berada dengan ibunya pada Sabtu.



Polis percaya bapa berkenaan “mengambil anak” daripada ibunya, mungkin secara paksa, sebelum memandu ke Hamburg dan ke landasan lapangan terbang itu, kata jurucakap polis pada petang Sabtu ketika ditanya mengenai kejadian itu.

Lelaki berusia 35 tahun itu dilaporkan membawa seorang kanak-kanak berusia empat tahun di dalam kenderaan terbabit.

Lapangan Terbang Hamburg telah dikosongkan sepenuhnya.

Berebut hak penjagaan anak, lelaki serbu lapangan terbang dan lepas tembakan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading