Berkahwin dengan tiga lelaki lain kerana suami sibuk

Berkahwin dengan tiga lelaki lain kerana suami sibuk

Berkahwin dengan tiga lelaki lain kerana suami sibuk
GAMBAR hiasan

Beijing: Seorang wanita China yang sudah berkahwin didakwa baru-baru ini kerana disyaki menipu tiga lelaki yang menyebabkan kerugian hampir AS$ 100,000 (kira-kira RM472,950) dalam upacara perkahwinan berasingan.

Oddity Central melaporkan, suspek berusia 35 tahun itu bukan sahaja sudah berkahwin malah mempunyai seorang anak perempuan ketika menjalin hubungan dengan lelaki terbabit.

Tidak jelas apa yang mendorong wanita dikenali sebagai Zhou itu untuk menipu kerana menurut media China, suaminya mempunyai perniagaan sendiri dan keadaan kewangan keluarganya berada dalam keadaan baik.



Bagaimanapun, Zhou dikatakan bermain kayu tiga dengan alasan suaminya sentiasa sibuk dengan kerja dan tidak memberi perhatian kepadanya.

Zhou dilaporkan mula mencari calon suami beberapa tahun lalu, dan kecantikannya dengan mudah memperdaya tiga lelaki.

Bagi menyembunyikan statusnya, Zhou memberitahu suami baharunya bahawa rumahnya dirobohkan secara haram dan dia perlu kekal bujang untuk layak mendapat pampasan.

Zhou bernasib baik tiada seorang pun curiga kerana dia pandai berpura-pura walaupun hakikatnya, wanita itu hanya ingin mendapatkan hadiah dan wang dengan menganjurkan majlis perkahwinan.

Bagi memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar, Zhou sanggup mengupah pelakon untuk berpura-pura sebagai rakan dan keluarga.

Dia turut mengupah ramai pelakon untuk menjadi tetamu, namun rahsianya terbongkar selepas berkahwin dengan lelaki bernama Zhang.



Zhou memberitahu suaminya yang dia hamil anak kembar dan mahu melahirkan zuriat ditemani ibunya di bandar lain serta meminta menanggung semua perbelanjaan.

Wanita itu juga sentiasa menghantar gambar hasil pemeriksaan palsu dan bayi baru lahir yang dimuat turun dari Internet.

Ketika suami dan ibu mentuanya mahu datang melawat, Zhou mengupah pelakon lain menjadi doktor tetapi Zhang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena selepas soalannya tidak dapat dijawab.

Bagi mendapatkan kepastian, Zhang menyelidiki latar belakang sebelum mengetahui status Zhou yang sudah berkahwin.



Dia kemudian menghubungi polis dan menceraikannya pada April.

Berikutan itu, Zhou berdepan hukuman 10 tahun penjara dan siasatan mendapati wanita berkenaan menipu tiga ‘suaminya’ sebanyak 660,000 yuan (kira-kira RM426,648).

Berkahwin dengan tiga lelaki lain kerana suami sibuk


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading