Pan-gon mahu aksi kekal di Rumah Harimau Malaya
Pan-gon mahu aksi kekal di Rumah Harimau Malaya
TEMPOH dua minggu sebelum aksi pembuka tirai Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 16 November ini sudah memadai untuk padang di Stadium Nasional Bukit Jalil berada dalam keadaan terbaik untuk perlawanan melibatkan Harimau Malaya.
Pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon juga menaruh harapan untuk mengharungi perlawanan dengan Kyrgyzstan di venue berkenaan kerana dirasakan mampu memudahkan kehadiran penyokong dan tidak memerlukan pasukan melakukan perjalanan ke luar Lembah Klang.
“Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan Rumah Harimau Malaya. Para penyokong dan pemain sendiri sudah cukup biasa dengan suasana di stadium ini. Ia kubu kuat pasukan Harimau Malaya.
“Situasi itu juga membantu mengurangkan tempoh perjalanan pasukan Harimau Malaya sendiri berbanding sekiranya perlawanan perlu dilangsungkan di luar Lembah Klang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dokumen Rancangan Zionis Halau Penduduk Gaza Terbongkar
- Kisah vaksin dan perbelanjaan Ketika darurat Kerajaan Muhyiddin mula hangat Kembali.
Peguam Negara Tolak Representasi, Saudagar Minyak Masak Di Heret Ke Mahkamah
“Berdasarkan tinjauan terkini bersama pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), kami mendapati bahawa keadaan padang adalah bertambah baik berbanding ketika Pestabola Merdeka bulan lepas.
Pada aksi pertama Pestabola Merdeka bertemu India, 13 Oktober lalu, kualiti padang baharu Stadium Nasional Bukit Jalil terus mendapat kritikan apabila rumput mula ‘koyak’ kerana belum lagi matang sepenuhnya.
Selepas perlawanan dengan Kyrgyzstan, Harimau Malaya bakal melengkapkan perlawanan rasmi tahun ini dengan berkunjung ke tempat lawan bagi menghadapi Taiwan, 21 November ini.
“Lagipun untuk aksi bertemu Kyrgyzstan ini hanyalah satu perlawanan sebelum kami terbang ke Taiwan untuk perlawanan kedua. Jadi harapan saya, perlawanan 16 November ini akan kekal berlangsung di Bukit Jalil,” katanya.
Pan-gon mahu aksi kekal di Rumah Harimau Malaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Kalau kamu tidak tahu , elok diam” Setempek Nazri Aziz sergah Wan Ahmad Fayshal
- Mungkinkah MyOnePAS Adalah Platfom Penggubahan Wang Haram?
- Bekas Menteri Zionis Mahu Gaza Di Lenyapkan Terus!!!