Verstappen kalahkan Hamilton di Australia

MELBOURNE: Max Verstappen menahan asakan Lewis Hamilton untuk mengemudi Red Bull mencipta kemenangan dalam perlumbaan Grand Prix Australia hari ini dan mengukuhkan cengkaman dalam kejuaraan dunia.

Juara dunia itu bermula dari petak depan dan dipintas pasangan Mercedes, George Russell dan Hamilton pada permulaan namun kekal tenang untuk menang perlumbaan yang tergendala tiga kali selain beberapa kemalangan.

Hamilton kedua di depan pemandu Aston Martin, Fernando Alonso, yang sudah merakam tiga podium daripada tiga aksi tahun ini.



“Kami ada permulaan yang teruk, pada pusingan pertama saya perlu berhati-hati sama seperti saya akan tewas,” kata pemandu Belanda itu yang menang aksi pembukaan di Bahrain dan kedua di Jeddah dua minggu lalu.

“Selepas rentak menjadi pantas. Kibaran bendera merah itu saya tidak tahu, saya tidak faham. Ia sedikit berserabut tetapi kami ada kepantasan yang bagus dan kami menang, jadi itu amat penting.”

Ia hari yang sukar buat pemandu Ferrari, Charles Leclerc yang juga pemenang di sana tahun lalu apabila terbabas pada pusingan pertama manakala jentera Russell disambar api pada pusingan kesembilan menyebabkan dia juga tidak menghabiskan perlumbaan.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading