Guru sekolah rendah dinobatkan Ratu Unduk Ngadau

Penampang: Guru sekolah rendah, Frenerietta Sobitun dinobatkan sebagai Ratu Unduk Ngadau sempena sambutan Pesta Kaamatan tahun ini.

Wanita berusia 25 tahun yang kini bertugas di Sekolah Rendah (SK) Sungai-Sungai di Beluran itu mewakili daerah Sandakan dalam pertandingan ratu cantik kebudayaan etnik Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR).

Frenerietta ketika ditemui pemberita berkata, ia merupakan pengalaman pertama beliau bertanding dalam pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau dan memperagakan baju tradisi etnik Dusun Labuk.



“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana dinobatkan sebagai Unduk Ngadau peringkat negeri bagi tahun 2022.

“Kemenangan ini sangat bererti dan saya tidak sangka akan dapat gelaran ini. Ini hadiah untuk keluarga.

“Saya akan bekerjasama dengan agensi kerajaan supaya dapat membantu terutamanya golongan muda untuk lebih mencintai warisan dan budaya kita,” katanya.

Frenerietta dinobatkan sebagai ratu Unduk Ngadau isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlida R.M Jasni.



Kemenangan itu sekali gus membolehkan Frenerietta membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM120,000.

Dalam pada itu, tempat kedua dimenangi wakil Unduk Ngadau dari Papar, Esther Marius yang menerima hadiah keseluruhan bernilai RM75,319 dan manakala tempat ketiga dimenangi wakil Ranau, Deedee Cassandra Dallius (RM62,779).

Pertandingan Unduk Ngadau merupakan salah satu acara penting dalam Pesta Kaamatan bagi memperingati lagenda pengorbanan Huminodun yang dikorbankan bapanya, Kinoingan bagi menyelamatkan orang ramai dari kebuluran.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button